Saturday 30 November 2013

Tutorial Buat Gambar Bergerak By pHoTOsCape

ASsalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah dapat jugak updated blog
alhamdulillah sebab demam semakin sembuh but selsema ade ag
berdoa agar sembuh tak lama lagi
Sebenarnya kalau tgk tajuk mesti korang pelik kan
jarang korang tgk nabila updated sal tutorial ney kan
ini adalah request from kawan nabila iaitu cik MarDeeya
Tutorial ini khas buat dye dan korang semua

Tutorial buat gambar bergerak by photoscape

1.Firstly korang mesti la ada software Photoscape

2.Bile dah bukak software Photoscape pastikan klik pada editer
untuk mengedit gambar yang korang nak edit


3.korang still dekat editer .edit banyak3 supaya gambar yang nak jadikan "Gambar Bergerak" itu berbeza barulah nampak pergerakannya nanti bila dah selesai..


*edit banyak2 macam dalam gambar ini

4.bila dah siap edit gambar korang tu ..korang klik dekat menu bar dekat photoscape tu korang tekan animated Gif

5.dah tekan Animated gif ,perasan tak ada kotak tepi nampak gambar2 banyak2 tu just tarik gambar yang korang edit td sampai la abis gambar korang nak yea


6.Korang bleh adjust time yang korang nak then effect yang korang suka

7.save animated anda then siap

inilah hasilnya


Done Tutorial ..mudah kan?
apa lagi jum cuba
selamat mencuba and Gudluck yea

Pesanan:
Animated ini hanya boleh lihat bergerak di animated gif di photoscape
and blog
di tempat lain tak boleh ..harap Maklum

Sebarang pertanyaan boleh comment di entry ini  :)








Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Saturday 16 November 2013

Zikir dan Qasidah

Assalamualaikum w.b.t
Ahlan wasahlan Ya muslimin dan muslimat
Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas
umurku turut makin hari makin meningkat 
Amalan ku ?
entah la kadang2 berkurang kadang2 bertambah ..
Adakah perlu hidup dengan dosa?
adakah perlu teruskan amalan kebaikan ?
 Teruslah amalan yang baik selagi kamu masih hidup
Serangkap dua rangkap ayat pasrah kat atas tu ..
hehe..Abaikan ...
macam tak kena jea dengan tajuk 
Harini nabila nak share kat kawan2 semua tentang zikir dan qasidah
zikir?qasidah?
sama ke tidak dua2nya
Ada perbezaanya?


Zikir? ..Kalau sebut pasal zikir nabila bleh agak dah yang korang semua tahu tentang Zikir ..

ZIKIR dari segi istilah digunakan dengan makna mengingati Allah SWT, samada dengan menyebut zatNya atau sifatNya atau perbuatanNya atau hukumNya atau dengan membaca kitabNya atau dengan memohon dan berdoa kepadaNya atau dengan memujiNya dengan segala jenis puji-pujian. 
(Mausu'ah Feqhiah Kuwaitiah: 22/221)



Qasidah?Apa itu qasidah?
Mesti ramai yang tak tahu berkenaan Qasidah
ok meh sini nabila terangkan 

Qasidah adalah puisi berbentuk luahan hati rindu atau ucapan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair. Qasidah Burdah adalah antara qasidah yang termasyhur di dunia dan sentiasa menjadi hiasan bibir sebagai ingatan kepada Rasullulah SAW. Di sebalik bait-bait ayat qasidah ini dan juga kemerduaannya dilagukan. 

Qasidah kebanyakannya dikarang oleh Auliya'2 Allah yang mana mereka mendapat Ilham daripada Allah ketika sedang mengarang Qasidah tersebut..Oleh kerana itu Qasidah2 dapat menusuk Qalbu kepada sesiapa yang melagukan atau mendegar Qasidah..

Antara Bait2 Qasidah:-

✿ܓ Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku..
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)..
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masa mu..

Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran..
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang



Dah paham?itu la beza antara Qasidah dan Zikir
Qasidah dan Zikir ini boleh dijadikan amalan harian
malah kedua2nya dapat menenangkan hati kita yang tengah duka dan lara
Qasidah dan Zikir Banyak kebaikannya
Salah satunya adalah mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T
Subhanallah betapa mulianya insan yang mulutnya sentiasa berqasidah dan berzikir
jadi,dikesempatan ini marilah kita sama2 memperbanyakkan zikir dan qasidah dalam diri


Apa kata lepas ini kita perbetulkan cara hidup kita
dari dulu pagi ,petang ,malam asyik mendengar lagu2 yang membolehkan diri kita hanyut dan lalai
apakata  kita ubah , kita dengar pulak zikir dan qasidah
kan lebih elok ..betul tak?
itulah amalan yang terpuji
Sama2lah kita bermuhasabah diri dan renunglah sebentar 


Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t
dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri
kata-kata penerang hati:-
Cinta kepada Rasuluallah adalah tanda iman kita
Cinta kepada Allah adalah lahirnya dari kecintaan kita pada Rasuluallah s.a.w
-Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal -




Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday 4 November 2013

Betapa Besarnya Pengorbanan Seorang Insan Bergelar "IBU"

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sekarang kita sudah masuk tahun baru islam
Salam Maal Hijrah 1435 
semoga dengan tahun baru ini kita dapat berazam 
untuk memperbanyakkan amalan kepada ALLAH S.W.T
insyaallah..


hari ini aq nak share satu story yang mybe bleh jadi renungan dan pengajaran untuk kita semua
okey sejak cuti sem nie aq dah pun ade keje iaitu part time menjaga anak sedara yang comel..hehe
alhamdulilah bersyukur kerana Allah kurniakan anak sedara ..hehe
okey abaikan cerita tu ..sekarang aq nak share pengalaman menjaga baby ney..hehe
aq tengok sejak 2 menjak ney anak sedara aq ney meragam jea..
bila siang dye tido malam dye meragam smpai kadang2 aq tgk akak aq terpksa bgun kul 2-3 pagi untuk memberi susu kpd anaknya..kadang2 akak aq sampai tak cukup tido.. 
bile aq tengok akak aq sampai tak cukup tido
aq tibe2 terfikir dan termenung sekejab
Subhanallah macam ney la mak aq jage aq time aq baby 
mak aq sggp bgun walaupun dye rase mengantok semata-mata tak nak anak dye menangis kelaparan
dye sggp dodoikan anak dye tido tiap2 malam sampai kadang2 tu tangan dye lenguh
Subhanallah kawan2
cuba kita renung seketika
kita sekarang sibuk duduk kejar jodoh dan cinta
tapi kita jarang fikir perngorbanan  seorang ibu
kadang2 mak kita sanggup biarkan diri dye penat semata-mata nak lihat anaknya gembira
dye tak pernah kisah susah dye jnji anak-anak dye tak susah dan hidup dengan senang
kadang2 dye sanggup melayan ragam anak-anaknya walaupun ade kala dye tidak dapat menahan marahnya sampai dye sggup pukul anaknya tapi walaupun dye pukul anaknya lepas itu mesti dye jugak yang ubatkan anaknya..Ya allah mulianya jasa seorang ibu
Kawan-kawan,
jangan disebabkan kita terlampau fikirkan jodoh dan cinta
sampai kita lupa nak balas cinta dan pergorbanan ibu dan juga bapa
Bila aq fikirkan pasal ini terasa sebak 
kadang2 terfikir aq  juga banyak menyusahkan mak aq
bila aq takde duit aq mesti minta mak tak pun ayah ..
tapi diorang tak pernah mengeluh pun cuma kadang2 diorg ade la cakap diorg kekurangan duit
kadang2 aq paham ..kadang2 bile terdesak ade jugak aq merungut 
tapi aq rase semua tu salah aq yang suke membazir
kawan-kawan,
berdasakan pengalaman aq ney
aq harap korang sanjungi dan hargai la jasa ibu dan juga ayah
jangan disebabkan seorang kekasih yang entah nanti suami kita atau tak
kita sanggup sayang dye lebih dari ibu bapa kita
sampaikan kita lupa jasa mereka terdahulu
jangan sesekali jadi insan macam itu
jikalau kita ingin menjadi anak yang soleh dan solehah maka berjasalah pda ibu bapa
kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu dan bapa
kadang2 orang salah anggp bila nak balas jasa mak n ayah
bila kali besday mereka kita kena beli hadiah untuk mereka
sebenarnya benda itu tak penting bagi mereka
apa yang mereka nak adalah 
hadiah sebuah  kejayaan kita
mereka akan tersenyum bila tahu anak mereka berjaya
terutama berjaya didunia dan akhirat
yang mana sudah tidak mempunyai ibu korang jangan bersedih kalau korang tak sempat nak berjasa kepadanya tapi korang boleh bagi hadiah kepada mereka 
korang kenalah banyak sedekahkan doa kepada mereka dan jangan sesekali putus asa dengan diri kita perbanyakkan ibadat dan sentiasalah fikir setiap kali nak buat jahat ingat mak dan ayah 
insyallah niat kita tu tak jadi 
banyak2 la buat kebaikkan agar kita juga dapat membantu ibu bapa kita supaya masuk syurga
ingat kaum hawa terutamanya,keluarnya kita dari rumah tanpa menutup aurat maka selangkah kita mengheret ayah kita ke neraka
ingat tu ..sama2 la kita berubah yea
nobody perfect dalam dunia so same2 la kita cuba berubah sedikt demi sedikit
kita tahu hijrah untuk kebaikan memang pedih tapi yang pedih itulah yang mendorong kita kepada kebaikan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t


berubahlah sikap kita wahai kawan2 ambillah pengajaran dari kisah yang aq share ney..semoga kita dapat sama2 berhijrah berubah untuk menjadi anak yang berguna.sama2 lah kita bermuhasabah diri..renunglah sekejap dan cermin lah diri kita tanya pada diri kita selama aq membesar ade tak aq balas jasa ibu bapa aq..lau takde cuba2 la sikit untuk balas jasa mereka.. Hargai la jasa mereka dan balas la jasa mereka sebelum mereka pergi tinggalkan kita buat selama-lamanya
ingat kata-kata ney;-
"Jangan biar ibumu menangis kerana kegagalanmu Tapi biarlah ibumu menangis kerana kejayaanmu"
renung2kan lah dan selamat beramal
Salam Maal Hijrah

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi