Wednesday, 29 August 2012

TIPS LAST MINUTE SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN by Oh! budu

Assalamualaikum .. .. helooo peace yoe .. ok .. lepas jer abes cuti raye dah mule perang menghadapi exam kan .. so korang do the best la .. bg dak darjah 6 perang UPSR .. bg dak tingkatan 3 perang PMR .. dan bg dak tingkatan 5 Perang SPM .. perang SPM la paling penting sbb dye menentukan masa depan korang terutamanye nak bg korang masuk U yang terbaek n dpt job yang terbaek so skunk ney dak3 Spm tgh trial so arinie nabila nak share la sikit tips nak hadapi exam tak kisah la exam ape2 awam or ke tak an .. walaupun last2 minute korang tak yah gelabah cgt ade lagi time korang nak buat persediaan .. tips ney nabila credits dekat budak yang ngah exam skunk .. tips2 last minute preparation for exam by Oh !! budu .. :)




1. Tetapkan Niat
mula-mula, korang kena tetapkan niat belajar dengan betul. Demikian juga di dalam hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
bagi pelajar muslim, pertama sekali kita sewajarnya tetapkan niat kita tu kepada Allah s.w.t dan selebihnya kepada ibu bapa kita, guru-guru yang sanggup mengajar kita dan lain-lain lagi. terpulang lah. ada yang niat untuk dapat 9A+ dalam SPM dan further oversea dan jadi doktor, nak bantu mak ayah yang miskin dan adik-adik yang ramai lagi dan etc. suka aku ingatkan, bagi mereka yang datangnya dari keluarga yang susah, ambil lah kekurangan itu sebagai satu pendorong semangat korang untuk terus belajar dan bukan sebagai alasan untuk korang berhenti sekolah.
2. Cara Belajar
 aku nasihatkan, korang belajar bersama-sama kawan-kawan. maksud aku, belajar duduk dekat-dekat dengan kawan korang tu. sebab kalau ada soalan, terus korang tanya mereka. dan kalau boleh tanya yang mahir, sebab kalau tanya yang kurang tahu, bimbang jika dia buat fakta sendiri pulak dan bila korang keep questioning dia kenapa, kenapa, dikuatiri bertikam lidah pulak. let say korang tanya, ‘weh.. apesal bla bla”, pastu kawan tepi korang tak tahu pasal tu, mesti dia dapat tumpang dengar. dan sebaliknya bila kawan korang tu tanya dan korang tumpang dengar pulak. kan dah banyak info masuk tu. dan i bet la, peratusan lupa tu amat tipis.
dan time-time last minute ni, aku menasihati agar jangan study sorang-sorang, at least dua orang. takut apa yang dia tahu, kita tak tahu dan begitulah sebaliknya. tapi, bagi mereka yang jenis suka belajar secara bersendirian dan cara yang diguna pakai tu memberi keputusan yang cemerlang sebelum ini, go ahead la. teruskan dengan cara anda kerana mungkin itu cara terbaik untuk dia. tapi, dalam kes untuk menghafal ni, disarankan untuk duduk bersendirian la. sebab proses penghafalan akan lancar berjalan tanpa di ganggu oleh kawan-kawan yang suka buat gossip biology macam “weh.. aku dengar sperm masuk ikut mouth, betul ke?” gossip biology macam ni lah. opss! 18sx disitu. hehe.
3. Pemakanan
dalam bulan peperiksaan tu. banyakkan makan kismis kerana ianya terbukti supplement terbaik. tak payah susah susah cari vitamin cap ayam la, cap ikan la, memadai dengan kismis sahaja. bagi yang mampu, terpulang kepada korang. tak salah pun. lepas tu, cuba boikot mcDonald, Burger King, A&W dan seangkatan dengannya jika korang ni merupakan pengunjung tegar. sebab MSG banyak sangat dalam hidangan tu. dan kalau boleh, boikot je terus. sebab beli mcDonald umpama korang beli peluru untuk israel. bak kata kawan aku. haha.
4. Dewan Peperiksaan
akhir sekali, sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh perasaan cuak, cuba tenteramkan diri dengan niat bertawakkal kepada Allah s.w.t kerana Allah suka orang yang bertawakal kepadanya setelah usaha dilakukan. cuba maafkan semua orang, ingat pengorbanan mereka yang menyayangi anda, berdoa agar dipermudahkan urusan dan jawablah dengan hati yang terbuka. jika anda tersekat di tengah jalan, ingatlah kepada Allah dan proceed ke soalan seterusnya. insyaAllah Allah akan membantu anda.
All the best! :)
Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments: