Sunday, 27 January 2013

Kelebihan Al -Mathurat


Assalamualaikum sekali lagi for all readers
fisrt;y nabila nak minta maaf sangat2 kepada korang semua
nabila makin hari makin busy n tak sempat nak updated blog yang dah bersawang nak dekat 2bulan dah ney.. maaf sangat2 to followers yang follow nabila .. sory sbb tak follow balik tenet tak bape laju tie lau nabila free nabila follow korang ,.thnkz sbb sudi jejak dan singgah membaca entry nabila
Hari inie nabila nak share kepada korang tentang kelebihan Al-mathurat ..

Sebelum tu nabila cerita cikit ape itu Al-mathurat 
Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...
Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...



Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Renung-renungkan dan selamat beramal ..
Semoga kite dapat banyakkan zikir dalam kehidupan seharian kita .

Kredit to : I Love Islam



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

5 comments:

Ciktie said...

nice

jom join random http://sna-aai.blogspot.com/2013/01/tag-25-random-facts-about-me.html

aisyah fashadeland said...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

sobri yaacob said...

tq 4 shring
sbelum ni..
x barapa tau sngat pasai klbihan zikir ni..
skrg dah tau.. :)