Saturday, 16 November 2013

Zikir dan Qasidah

Assalamualaikum w.b.t
Ahlan wasahlan Ya muslimin dan muslimat
Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas
umurku turut makin hari makin meningkat 
Amalan ku ?
entah la kadang2 berkurang kadang2 bertambah ..
Adakah perlu hidup dengan dosa?
adakah perlu teruskan amalan kebaikan ?
 Teruslah amalan yang baik selagi kamu masih hidup
Serangkap dua rangkap ayat pasrah kat atas tu ..
hehe..Abaikan ...
macam tak kena jea dengan tajuk 
Harini nabila nak share kat kawan2 semua tentang zikir dan qasidah
zikir?qasidah?
sama ke tidak dua2nya
Ada perbezaanya?


Zikir? ..Kalau sebut pasal zikir nabila bleh agak dah yang korang semua tahu tentang Zikir ..

ZIKIR dari segi istilah digunakan dengan makna mengingati Allah SWT, samada dengan menyebut zatNya atau sifatNya atau perbuatanNya atau hukumNya atau dengan membaca kitabNya atau dengan memohon dan berdoa kepadaNya atau dengan memujiNya dengan segala jenis puji-pujian. 
(Mausu'ah Feqhiah Kuwaitiah: 22/221)



Qasidah?Apa itu qasidah?
Mesti ramai yang tak tahu berkenaan Qasidah
ok meh sini nabila terangkan 

Qasidah adalah puisi berbentuk luahan hati rindu atau ucapan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair. Qasidah Burdah adalah antara qasidah yang termasyhur di dunia dan sentiasa menjadi hiasan bibir sebagai ingatan kepada Rasullulah SAW. Di sebalik bait-bait ayat qasidah ini dan juga kemerduaannya dilagukan. 

Qasidah kebanyakannya dikarang oleh Auliya'2 Allah yang mana mereka mendapat Ilham daripada Allah ketika sedang mengarang Qasidah tersebut..Oleh kerana itu Qasidah2 dapat menusuk Qalbu kepada sesiapa yang melagukan atau mendegar Qasidah..

Antara Bait2 Qasidah:-

✿ܓ Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku..
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)..
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masa mu..

Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran..
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang



Dah paham?itu la beza antara Qasidah dan Zikir
Qasidah dan Zikir ini boleh dijadikan amalan harian
malah kedua2nya dapat menenangkan hati kita yang tengah duka dan lara
Qasidah dan Zikir Banyak kebaikannya
Salah satunya adalah mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T
Subhanallah betapa mulianya insan yang mulutnya sentiasa berqasidah dan berzikir
jadi,dikesempatan ini marilah kita sama2 memperbanyakkan zikir dan qasidah dalam diri


Apa kata lepas ini kita perbetulkan cara hidup kita
dari dulu pagi ,petang ,malam asyik mendengar lagu2 yang membolehkan diri kita hanyut dan lalai
apakata  kita ubah , kita dengar pulak zikir dan qasidah
kan lebih elok ..betul tak?
itulah amalan yang terpuji
Sama2lah kita bermuhasabah diri dan renunglah sebentar 


Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t
dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri
kata-kata penerang hati:-
Cinta kepada Rasuluallah adalah tanda iman kita
Cinta kepada Allah adalah lahirnya dari kecintaan kita pada Rasuluallah s.a.w
-Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal -




Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

2 comments:

✿HusnaZool✿ said...

bw petang sini... Husna dah pm nabila di fb untk tempahan edit blog