Friday, 9 May 2014

Ibu engkaulah ratu hatiku

Masaul Khair .. xiàwǔ hǎo..selamat petang :)

Ibu ,merupakan seorang insan yang telah melahirkan kita,betapa pedih dan peritnya insan yang bergelar ibu apabila melahirkan seorang anak .Walaupun ibu sakit semasa melahirkan kita tapi ibu cuba menahan kesakitan tersebut kerana ibu terlalu gembira kerana Allah telah memberinya cahaya mata yang selama ini ibu tunggu.



Anak merupakan anugerah terindah buat ibu .
Semasa bayi ibu menjaga kita dengan kasih sayang yang tak ternilai.
ibu sanggup berjaga malam demi anaknya .Walaupun ibu penat bekerja pada siang hari tapi ibu tak pernah hirau tentang kepenatan tu demi untuk menjaga anaknya .
Ibu takut anaknya tidak lena tidur ,ibu takut anaknya tak cukup makan ,ibu takut anaknya sakit.

Allah ,hebat kasih ibu ini .
Apabila kita semakin dewasa ,ibulah insan yang paling bahagia .
Ibu gembira kerana dye telah berjaya membesarkan anaknya sehingga dewasa.
Bila anaknya sudah dewasa ,ibu tetap menjaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh.
Bila kita dah mula masuk alam IPT atau IPTS,ibulah orang pertama yang mengalirkan air mata gembira atas kejayaan kita .Ibu bangga dapat didik anaknya hingga berjaya.



Kejayaan kita merupakan hadiah paling bernilai dan bermakna buat ibu.
Ibu tak kisah kalau hari jadi ibu kita tak pernah bagi hadiah ,ibu juga tak kisah kalau hari ibu anaknya tak pernah bagi hadiah  kerana bagi ibu hadiah yang paling bermakna buat ibu adalah kejayaan anak-anak ibu.

Apabila kita sudah masuk alam perkahwinan ,ibu jugalah insan yang paling gembira sekali.
Dye gembira Allah telah pertemukan jodoh buat anaknya.
Dye berdoa kepada Allah semoga jodoh anaknya kekal hingga ke Syurga.




Tapi bila ibu dah tua,anak-anak ibu semakin hari semakin hilang.
Semua anak-anak ibu mungkin sibuk dengan kerjaya mereka,takpe ibu faham semua itu.
Lama -kelamaan ibu semakin tua, anak-anak ibu semua tak nak jaga ibu .
Disebabkan itu ibu sendirian di rumah .
Anak-anak ibu sudah lupa jasa ibu selama ini ,memang ibu tak pernah mengunkit sebab ibu ikhlas membesarkan kamu ..
Ibu sudah tidak berdaya lagi ,mata ibu makin lama makin gelap.
Kini ,ibu sudah tiada .
Apa yang ibu harap :
1) ibu harap anak-anak ibu berjaya didunia dan akhirat
2) ibu harap anak ibu jadi anak yang soleh dan solehah
3) ibu harap bila ibu tiada ,anak-anak ibu sentiasa sedekahkan Al-fatihah buat ibu.




Duhai anak ,janganlah jadi seperti kacang lupakan kulitnya.
Ibu merupakan insan yang melahirkan kita
Bila ibumu sudah tua ,balaslah jasanya kembali.
Bila ibumu sakit jagalah ibumu sebagaimana dye menjagamu ketika sakit.
bila ibumu sudah tua,perliharalah ibumu dengan kasih sayang sebagaimana ibumu perliharamu dari kecil hingga dewasa ..inilah masa untukmu membalas jasa ibu.
Duhai anak ,dengarlah cakap ibumu,jangan sesekali kau melukai hatinya.
Duhai anak,janganlah kamu jadi anak yang derhaka.
KERANA
Syurga itu dibawah telapak kaki ibu .

Sekian.Wallahua'lam.






Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

1 comment:

Mormor said...

selamat hari ibu bell. eheh xD