Jika aKu jaTuh haTi
****************
Ibu Farisya Khumaera baru saja pulang dari hospital kerana doktor menelefonnya sebentar tadi agar bergegas ke hospital dengan segera. Farisya Khumaera yang baru pulang dari sekolahnya berasa sedih dan pilu apabila terlihat notis daripada doktor berada di tangan ibunya. “Sya, sini kejap dekat ibu. Ibu nak cakap sikit.” Farisya Khumaera lantas pergi ke arah ibu kesayangannya. “Ibu, Sya dah tahu. Sya akan cuba hadapi ujian ini Ibu. Sya masuk bilik dulu.” Farisya terus masuk ke dalam biliknya dengan wajah muram. Dia menutup mukanya dengan bantal lalu menangis sepuas-puasnya. Lantas, dia beristighfar. “Astaghfirullah..Ya ALLAH, aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu. Berjayakanlah hidupku agar aku dapat membahagiakan ibuku di saat aku tiada lagi nanti.” Farisya Khumaera menangis dan terus menangis. Kakaknya, Kamilah Firzana, yang baru pulang dari tempat kerja berasa sedih apabila melihat adiknya itu menangis. Lantas, dia berkata, “Sya, akak tahu apa sebabnya. Sya kena tabah ye. Percayalah, ini semua ada hikmah. Cuma, akak nak Sya tahu, semua orang dalam rumah ni sayangkan Sya.” Farisya Khumaera makin terharu dan terus memeluk kakaknya itu.
****************
2 tahun sudah pun berlalu, SPM dan STAM telah pun Khairul Faris hadapi. Keputusannya cemerlang dan dia nekad hendak sambung belajar di negara anbiya’, Jordan. “Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku menapakkan kaki di Jordan tercinta ni.” Ucap bibir Khairul Faris dengan penuh kesyukuran. Dia meneruskan pengajiannya dalam bidang Fiqh di Universiti Yarmouk, Jordan.
Sedang Khairul Faris khusyuk mencari buku rujukan di perpustakaan, matanya yang melilau seakan terpana melihat kelibat seorang gadis muslimah. Gadis itu seperti kenalannya. Dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana kaca matanya tertinggal di atas meja belajarnya. Dia bergegas ambil kaca matanya lalu mengejar gadis tadi yang menuju ke arah pintu keluar. Sekilas pandang, wajah itu pernah menjadi kenalannya suatu ketika dulu. Wajah itulah yang sering bergaduh dengannya. “Isya!!” Tiba-tiba, bibir Khairul Faris memanggil empunya nama itu. Dengan muka yang sedikit terkejut, Farisya Khumaera berkata, “Eh!! Is!! Lama tak jumpa kau. Buat apa kat sini? Balqis sihat? Apa cerita kau sekarang? Hehe.” Khairul Faris ketawa lalu menjawab, “Aku dekat sini sebab apa lagi, sambung belajarlah. Kau dekat sini kenapa? Sibuk je! Haha. Qis sihat kot. Aku dah lama tak ‘contact’ dengan dia lah. Cerita aku? Tak ada apa-apa yang ‘best’ pun. Kau pula? Sejak bila ada kat Jordan ni? Dah banyak perubahan aku tengok. Pakai jubah dan tudung labuh lagi tu. Alhamdulillah. Tak sia-sia aku tegur kau dulu. Hehe.” Farisya Khumaera juga tergelak mendengar kata-kata Khairul Faris lantas dia menjawab, “Perasanlah kau. Aku berubah bukan sebab kau. Aku berubah kerana ALLAH dan sebab aku suka penampilan macam ni. Tutup aurat dan terjamin maruah diri. Aku dah dekat sini sejak sebulan lalu. Kau mesti baru sampai sini kan?” Khairul Faris mengangguk dan menjawab, “Pandai kau. Aku baru sampai semalam. Boleh tahan ye Jordan ni. Minggu depan musim salji kan? Tak sabar rasanya. Lagi-lagi kau, betul tak? Haha.” Farisya Khumaera pula mengangguk, “Haha. Pandai kau. Memang aku tak sabar! Kau belajar kat universiti mana? Ambil bidang apa? Aku belajar dekat Universiti Yarmouk, universiti idamanku. Hehe.” Dengan mimik muka yang agak terkejut, Khairul Faris berkata, “Ha? Kau pun sambung belajar dekat Universiti Yarmouk? Samalah. Sibuk je! Haha. Aku ambil bidang Fiqh. Kau?” “Bidang Fiqh juga? Sibuk je! Haha. Samalah. Kelas Ustaz al-Farisi. Garang tau orangnya. Jangan datang lambat. Ok, perut aku dah lapar ni. Nak pergi makan dulu. Assalamualaikum Is.” Farisya Khumaera berlalu dari situ berseorangan.
Tak sangka aku dapat jumpa kau, Isya. Memang dah lama tak dengar khabar daripada kau. Akhirnya, muncul pun. Kalau ikutkan hati, aku nak melamar kau sekarang, takut kau dirampas orang lain. Tapi, masih awal lagi. Sabar Is. Berdoalah agar dia jadi milik kau.
Khairul Faris berbicara dengan hati kecilnya. “Khai!” Firqan memanggil. “Ada apa?” Khairul Faris bertanya. Firqan menjawab, “Jom pergi makan. Aku laparlah.” Khairul Faris membalas, “Jom lah. Aku pun dah lapar ni.”
Setibanya di kedai makan, Firqan tiba-tiba memberhentikan langkahnya. Dia memandang seorang gadis yang sedang khusyuk makan sambil berborak dengan rakan sebelahnya. Farisya Khumaera dan Salina sedang duduk berdua di kedai itu. Khairul Faris hanya memerhati gerak dan tingkah laku Firqan. Hatinya sedikit panas! “Fir! Jomlah makan. Takkan kau nak berdiri dekat sini saja.” Khairul Faris cepat-cepat mengajak Firqan duduk. Mereka pun duduk dan memesan makanan masing-masing. “Khai, makin sejuk mata aku sejak datang sini. Kau tahu sebab apa?” Firqan bertanya pada Khairul Faris. “Mana tak sejuk? Dah dari tadi asyik pandang Isya saja. Ingat sikit, Fir! Tundukkan pandangan.” Jawab Khairul Faris dengan selamba. Dia cemburu kerana Firqan asyik memandang gadis idamannya itu. “Assalamualaikum.” Ariffin memberi salam kepada Firqan dan Khairul Faris. “Kau pandang apa tu Fir? Khusyuk semacam saja.” Tanya Ariffin. Firqan dengan selamba menjawab, “Aku tengah memerhati bunga dekat sana tu. Takkan kau tak kenal kot. Sya dengan Ina.” Ariffin mengerutkan dahinya lalu berkata, “Fir, berdosa kau pandang perempuan lama-lama. Kalau dah jatuh hati pun, agak-agaklah sikit. Tundukkan pandangan kau tu.” Firqan mengalihkan pandangannya ke atas air kopi yang baru sampai. Khairul Faris diam membisu. Hatinya panas! Ariffin sedar bahawa rakannya, Khairul Faris, kurang senang dengan sikap Firqan yang asyik memandang gadis idamannya itu. Hanya Ariffin yang mengetahui kerana Khairul Faris pernah bercerita tentang Farisya Khumaera kepadanya.
****************
Farisya Khumaera berjalan bersama buku notanya dan diiringi dengan teman rapatnya, Salina, ingin menuju ke bilik guru untuk bertemu dengan Ustaz al-Farisi. Sampai di sana, Khairul Faris dan Firqan sedang berbual rancak dengan Ustaz al-Farisi. Farisya Khumaera dan Salina tidak mahu menganggu. Mereka menunggu di luar pintu. Mata Khairul Faris terlihat gadis idamannya itu sedang berada di luar pintu. Lalu, dia memberitahu ustaz al-Farisi bahawa ada pelajar muslimah ingin bertemu dengan ustaznya itu. Ustaz al-Farisi pun keluar dari biliknya bersama Khairul Faris dan Firqan. “Anti berdua cari ana ke?” Tanya ustaz al-Farisi. Farisya Khumaera menjawab dan bertanya, “Ye ustaz. Kami berdua cari ustaz. Betul ke peperiksaan semester pertama minggu hadapan?” Ustaz al-Farisi tersenyum sambil menjawab, “Na’am Farisya Khumaera. Minggu depan. Limaza?” Salina pula menjawab, “Syukran ustaz. Tak ada apa-apa. Kami cuma nak tahu saja. Syukran.” Ustaz al-Farisi tersenyum lagi dan menjawab, “A’fwan. Buatlah yang terbaik ye. Ma’annajah.”
Farisya Khumaera berasa tidak selesa di situ kerana Firqan asyik memandangnya saja. Dia cepat-cepat mengajak Salina pergi dari situ. “Sya, kenapa kau tarik lengan aku ni? Koyak jubah ni nanti. Haha.” Farisya Khumaera menjawab, “Sorry. Aku tak sukalah lama-lama dekat situ. Fir tu asyik pandang aku saja! Tak sukalah! Tak selesa aku dibuatnya.” Salina berkata, “Aku pun perasan yang dia asyik pandang kau. Aku pun rasa rimas juga. Hehe. Entah-entah, dia minat kau. Bertambah ramailah peminat kau. Jangalah tamak, bagilah aku satu. Haha.” Farisya Khumaera mendengus, “Kau ni Ina, tak habis-habis. Aku tak sukalah! Kau nak ambil semua pun tak apa. Aku lagi suka. Hehe. Jomlah pergi perpustakaan.” Salina ketawa, “Haha. Jomlah. Sya, Balqis pun ada kat sini ye? Semalam aku ada terserempak dengan dia. Dia ada tanya aku fasal Khairul. Aku rasa dia suka Khairul lagi lah. Kau tak kesah ke bermadu? Haha.” Farisya Khumaera memukul bahu Salina, “Kau jangan nak merepek boleh tak? Aku tak suka lah! Aku tak kesah pun kalau Qis tu suka Is. Lagi satu, aku tak kesah kalau kau pun nak suka dekat Is. Ok? Haha.” Terlerai jua tawa mereka berdua.
****************
Alhamdulillah..semester dah nak habis. Tak sabar nak balik Malaysia. Rindunya dekat ibu. Rindu dekat semua. Umur aku dah 20 tahun ni. Tak ada siapa pun nak masuk meminang. Haha. Belajar pun tak habis lagi. Aku nak jumpa jodoh aku dekat Jordan ni. Tapi siapa ye? Tak ada siapa lah. Firqan? Jangan haraplah. Aku tak suka mata dia. Asyik melilau saja! Is? Boleh lah. Dia pun dah banyak berubah sekarang. Tapi, Qis suka dia. Mungkin, jodoh aku belum sampai. Haha. Ya ALLAH, semoga Kau dapat memberi pinjaman nafas kepadaku kerana aku ingin menikmati cinta halal bersama insan tercintaku. Sempatkah ya ALLAH??
Farisya Khumaera berdoa dan berharap dalam hatinya. Hanya ALLAH saja yang tahu isi hatinya.
****************
Ke hadapan Farisya Khumaera,
Maafkan Am andai surat ini mengganggu ketenteraman Sya. Am tulis surat ini sebab Am nak minta sesuatu. Am nak minta izin daripada Sya untuk jadikan Sya isteri Am. Am nak melamar Sya. Am sekarang berada di Malaysia. Am tak sambung belajar. Am sekarang bekerja sebagai pegawai eksekutif di Kuala Lumpur. Am nak melamar Sya untuk jadi isteri Am. Harap Sya sudi. Bulan depan Sya balik dari Jordan kan? Am akan jumpa Sya untuk mengetahui jawapan daripada mulut Sya. Am tak paksa Sya. Am masih sayangkan Sya. Am tunggu Sya sampai Am betul-betul dah ada duit dan sekarang, Am nak melamar Sya. Kita jumpa nanti ye.
Ikhlas dari,
Ammar
Farisya Khumaera membaca surat yang diberi oleh Salina dengan riak muka yang biasa saja. Dia sedikit terkejut dengan tindakan Ammar yang terburu-buru ingin berjumpa dan melamarnya.
Aku dah tak ada apa-apa perasaan pun dengan Ammar. Buat apa aku nak terima dia? Dah lama tak berhubung, tiba-tiba muncul, nak melamar aku. Ingat aku nak terima ke? No way! Aku tak suka lelaki macam tu. Tak suka!
Farisya Khumaera menunujukkan mimik muka yang sedih bercampur geram. “Apa keputusan kau Sya? ‘Ex-boyfriend’ dah melamar tu. Hehe.” Salina bertanya kepada Farisya Khumaera. Farisya Khumaera mengerutkan dahinya dengan muka yang merah dan marah tanda tak suka. “Aku tak suka lah Ina! Kau tahu kan aku dah tak ada apa-apa dengan Am. Aku tak suka! Kau sajalah kahwin dengan dia.” Salina menjawab, “Ish..aku pula! Dia nak dekat kau, bukan aku! Buatlah solat sunat istikharah dulu. Barulah buat keputusan. Itu yang sebaik-baiknya.”
Farisya Khumaera bangun malam kerana ingin menunaikan solat sunat istikharah seperti yang disarankan oleh Salina. Di dalam doanya, dia merintih,
Ya ALLAH, berikanlah aku petunjukMu. Datangkanlah padaku jodoh yang baik dan soleh. Ya ALLAH, Ammar telah melamarku. Tunjukkanlah aku jalan lurusMu. Andai benar dia pilihan terbaikMu, berilah hidayahMu dalam hidupku yang menunjukkan bahawa dia adalah yang terbaik untukku. Amin ya Rabbala’lamin..
mem0h0n petuNjuk Ilahi
Selesai solat, Farisya Khumaera kembali menidurkan dirinya kerana masih awal lagi untuk dia bersiap pergi ke universiti.
“Terimakah kau akan lamaranku ini wahai Isya?”
“Siapakah kau wahai suara?”
“Aku adalah pilihanNya yang kau pinta dalam doamu.”
“Siapa? Aku seperti kenal akan suaramu.”
“Memang kau amat mengenaliku. Begitu juga aku.”
“Siapa nama kau wahai suara?”
“Namaku adalah sebahagian dari namamu Isya.”
“Isya!! Bangun Isya!!” Salina segera mengejutkan Farisya Khumaera apabila jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. “Ina? Kacaulah kau. Aku baru nak berjumpa dengan jodoh aku. Dah pukul berapa dah?” Salina yang sedang kelam-kabut menjawab soalan Farisya Khumaera, “6.30 pagi dahlah! Cepatlah bangun! Sempat lagi dia nak mimpi! Cepatlah!” Farisya Khumaera terus bangkit dari katilnya dan kelam-kabut hendak bersiap menunaikan solat fardhu Subuh. Selesai bersiap, mereka berdua bergegas ke universiti bersama-sama.
****************
Sambungan di part 4 .. :)
No comments:
Post a Comment