Saturday, 10 November 2012

bertemu-cinta-kerana-ilahi PART 4

sambungan di part 3 .. INI Part 4  kisah Bertemu Cinta Kerana Ilahi :)

“Assalamualaikum, ustaz.” Farisya Khumaera dan Salina memberi salam ketika masuk ke dalam kelas ustaz al-Farisi. Jam sudah menunjukkan pukul 7.50 pagi. Dengan nada yang tegas, ustaz al-Farisi menjawab salam mereka dan berkata, “Anti berdua lambat! Seperti semua orang sedia maklum, siapa yang lambat datang, takkan dapat masuk dan belajar. Anti berdua boleh pergi dari sini. Ingat! Esok jangan datang lambat lagi! Assalamualaikum.” Dengan muka yang malu, mereka berdua beredar dari situ menuju ke perpustakaan. Khairul Faris memandang wajah Farisya Khumaera dengan pandangan simpati. Dia tahu, Farisya Khumaera amat tidak suka bila ada orang memarahinya.
“Ina, aku minta maaf ye. Aku terbangun lambatlah hari ni. Tak dapat kita belajar.” Farisya Khumaera memohon maaf daripada Salina. Salina hanya tersenyum lalu menjawab, “Tak apa lah. Aku pun terbangun lambat juga. Kita sama saja. Hehe. Tak apa lah. Nanti boleh pinjam buku sesiapa untuk rujukan kita. Itulah kau! Mimpi lagi! Bertemu jodoh konon! Siapa? Aku nak tahu juga. Hehe. Ceritalah apa mimpi kau.” Farisya Khumaera tergelak mendengar kata-kata sahabatnya itu. “Aku mimpi yang jodoh aku nak melamar aku. Dia pilihan Ilahi tau. Hehe. Tapi, tak nampak muka lah. Aku dapat dengar suaranya saja. Macam kenal, tapi, entahlah.” Salina bertanya lagi, “Siapa? Takkan tak ada petunjuk kot. Dah dekat tu jodoh kau. Jangan lupa jemput aku dekat majlis walimah kau. Hehe.” Farisya Khumaera hanya tersenyum dan menjawab, “InsyaALLAH. Hehe. Suara tu kata, nama dia sebahagian daripada nama aku. Suara tu panggil aku Isya. Itu sajalah petunjuk yang ada dalam mimpi aku. Pendapat kau?” Salina pula tersenyum kali ini. “Aku rasa aku tahulah siapa. Takkan kau tak tahu. Setahu aku, cuma ada seorang saja yang panggil kau dengan panggilan Isya. Cuba kau ingat.” Farisya Khumaera mengerutkan dahinya, “Maksud kau Is? Khairul Faris? Ish..tak mungkinlah. Kau jangan nak mula merepek pagi-pagi ni.” Salina mengangguk dan berkata, “Aku rasa Khairul lah orang dalam mimpi kau tu. Nama dia pun sebahagian dari nama kau. Kau Isya, dia Is. Betul kan? Dah sah dia jodoh kau. Apa lagi? Pergilah buat persediaan! Haha.” Farisya Khumaera menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menggelengkan kepalanya dan bangkit dari tempat duduknya untuk mencari buku di perpustakaan itu. Hati kecilnya mula bersuara,
Ya ALLAH, adakah suara dalam mimpiku itu Is orangnya? Patutlah aku seperti kenal suaranya. Seakan Is. Betul juga apa yang Ina cakapkan tadi. Nama Is sebahagian dari nama aku, Isya. Cuma Is seorang yang panggil aku Isya. Mungkinkah dia? Takkan jodoh aku dengan orang yang aku selalu gaduh dulu? Takkanlah Is? Ya ALLAH, aku serahkan urusan hidupku padaMu. Sempatkah ya ALLAH?
****************
“Isya!!” Khairul Faris memanggil. Farisya Khumaera menoleh ke belakang. Khairul Faris sedang menuju ke arahnya. “Isya, Ina cakap kau nak pinjam buku nota aku ni sebab tadi kau dengan dia terlambat datang. Ambillah. Esok pulangkan tau. Jangan lupa, datang awal! Hehe.” Berdebar hati Farisya Khumaera. Hati kecilnya bicara lagi,
Sejak bila pula aku nak pinjam buku Is ni? Ina ni, jahatlah! Pandai-pandai dia saja! Siaplah! Kenapa aku rasa berdebar? Dia kah jodohku? Suara dia memang sama macam suara dalam mimpiku. Mungkinkah dia?
“Syukran Is. InsyaALLAH esok aku pulangkan. Aku dengan Ina terbangun lambatlah hari ni. Tu yang terlepas kelas tu. Hehe.” Khairul Faris tersenyum dan bertanya, “Lagi 2 minggu semester nak habis. Kau balik Malaysia kan?” Farisya Khumaera menjawab, “Mestilah balik. Tak sabar rasanya. Kenapa? Kau tak balik ke? Eh, kau mana boleh balik. Balqis kan ada lagi dekat sini. Betul tak? Hehe.” Muka Khairul Faris berubah, “Aku mestilah balik juga. Aku dah tak ada apa-apalah dengan dia! Aku pergi dululah. Jangan lupa, esok pulangkan. Assalamualaikum.” Mereka berdua berlalu dari situ. Khairul Faris berkata di dalam hatinya,
Isya ni tak habis-habis nak kaitkan aku dengan Balqis. Aku dah tak simpan apa-apa perasaan dekat dia. Nak aku menjerit ke yang aku suka kau!! Isya, tunggulah kedatangan aku bila kau balik Malaysia nanti. Aku akan bertindak cepat sebelum ada yang potong ‘line’ aku. Aku suka cara kau tundukkan pandangan bila kau bercakap dengan aku tadi.
****************
Setibanya di Malaysia, Farisya Khumaera mencari kelibat ibu dan kakaknya. Salina sudah berlepas kelmarin. “Sya!!” Ammar melambai-lambai ke arah Farisya Khumaera. “Sya!! Ibu kau ada dekat sini.” Ammar menjerit. Farisya Khumaera menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia terkejut! Hatinya bertanya,
Kenapa Am tiba-tiba ada dekat sini? Alamak! Habislah aku. Kenapa dia ada dengan ibu? Ish..aku tak suka betullah Am tu! Aku tak nak kahwin dengan dia! Tak nak! Puteraku, muncullah dan selamatkanlah diriku daripada Am! Aku tak nak Am!
Farisya Khumaera memeluk erat tubuh ibu dan kakaknya itu. Akhirnya, rindu yang terpendam selama 3 tahun terlerai jua hari ini. Farisya Khumaera dan ibunya serta kakaknya pulang ke rumah menaiki kereta kakaknya. Di dalam kereta, Farisya Khumaera termenung. Ibunya bertanya, “Sya, ibu tak paksa Sya. Ammar yang suruh ibu tanyakan. Kalau Sya tak nak, tak apa. Ibu tak bantah. Ibu cuma nak Sya gembira.” Farisya Khumaera memeluk ibunya dari belakang tempat duduk sambil berkata, “Sya dah solat istikharah. Sya tak jumpa pun petunjuk tentang Am. Jadi, Sya tak terimalah. Ibu tak marah kan?” Ibu Farisya Khumaera tersenyum lalu berkata, “Ibu tak marah Sayang. Yang penting, Sya bahagia. Dah ada calon ke?” Farisya Khumaera hanya tersenyum.
****************
Khairul Faris termenung dan berfikir sendiri. Hatinya bermain dengan persoalan.
Kenapa Ammar ada dekat KLIA tadi? Kenapa dia ada dengan ibu Isya? Apa dia nak? Dia nak melamar Isya ke? Melepaslah aku kalau macam ni. Apa yang patut aku buat? Ya ALLAH, peliharalah aku dan Isya.
Ayah Khairul Faris, Pak Rahim, perasan akan perubahan anaknya itu. Sejak balik dari Jordan, anaknya itu lebih suka mendiamkan diri dan termenung. Pak Rahim pun nekad untuk bertanyakan apa masalah anak lelaki tunggalnya itu. “Khai, ayah nak tanya ni. Boleh?” Khairul Faris mengangguk dan menjawab, “Mestilah boleh. Apa dia yang ayah nak tanya? Fasal kerja? InsyaALLAH minggu depan Khai pergi UIA. Ada temuduga jadi pensyarah dekat sana.” Pak Rahim hanya tersenyum, “Bukan tu. Kerja ayah tak risau sebab kamu ada ‘degree’. Banyak peluang pekerjaan untuk kamu. Yang ayah nak tanya, kenapa dengan kamu ni? Sejak balik Malaysia ni, tak nampak gembira pun. Ada masalah ke? Manalah tahu ayah boleh tolong. Takkan nak nikah dah? Hehe.” Khairul Faris ketawa dan menjawab, “Mestilah gembira. Dapat jumpa ayah. Tak ada masalah pun. Nikah? Haha. Tak tahulah nak cakap macam mana ayah.” Pak Rahim pun tergelak sama. Dia tahu, anak lelakinya itu sedang berniat hendak mendirikan rumah tangga. “Dengan siapa? Anak orang Arab dari Jordan ke? Ada-ada sajalah kamu ni.” Khairul Faris tersenyum dan menjawab dengan jujur pertanyaan ayahnya itu. “Bukan anak Arab, anak jati Malaysia macam anak ayah ni. Dia pun belajar dekat Jordan juga. Ayah restu ke?” Pak Rahim makin tersenyum lebar mendengar jawapan anaknya itu. Lantas, dia berkata, “Alhamdulillah..dah sampai seru agaknya anak ayah ni. Ayah restu. Bila kamu nak masuk meminang? Dia dah setuju ke?” Khairul Faris tersenyum lagi, “Betul ke ayah bagi ni? Alhamdulillah..harap-harap Isya setujulah. Dia tu ramai yang minatlah. Susah sikit.” Pak Rahim pula menjawab, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ayah doakan yang terbaik untuk anak ayah ni. Jom tolong ayah basuh kereta. Esok lusa kamu dah mula kerja nanti, barulah masuk meminang si Isya kamu tu.” Khairul Faris tersenyum lebar, “Terima kasih ayah! Jom!”
****************
TIT TIT!! Bunyi mesej di telefon bimbit Farisya Khumaera. Dia membaca mesej tersebut.
Salam wahai puteri kalbuku. Sudikah dikau menerimaku sebagai calon suamimu?
Ikhlas dari, Firqan =)
Terbeliak biji mata Farisya Khumaera membaca ayat-ayat manja dari Firqan itu. Dia tidak membalas. Hatinya berkata,
Lelaki macam ni nak jadi suami aku? Jangan haraplah! Ammar pun aku tolak! Inikan lagi Firqan! Menggatal! Aku tak nak! Tak nak!
Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Mesej yang sama daripada Firqan. Untuk memberhentikan Firqan daripada terus menghantar mesej-mesej manja sebegitu, Farisya Khumaera mendapat satu idea. Dia terpaksa membalas mesej tersebut dengan berkata,
Maafkan Sya, Fir! Sya dah ada pilihan. Wassalam.
Sudah beberapa jam berlalu, tiada nada bunyi mesej lagi pada telefon bimbit Farisya Khumaera. “Alhamdulillah. Dia dah tak kacau aku.” Ucap bibir Farisya Khumaera. Dia berkata lagi di dalam hatinya,
Pilihan aku adalah aku tak nak pilih sesiapa dulu! Aku nak pilih jodoh aku. Tapi, siapa? Is? Mungkin dia masih sayangkan Balqis. Biarlah aku ‘single’ dulu. Aku tak nak siapa-siapa sekarang ni. Aku tak nak Am! Aku tak nak Fir! Aku nak kerja dulu. Minggu depan kena pergi temu duga dekat UIA. Minta-mintalah aku dapat kerja di sana. Amin.
****************

Sambungan Part 5 ..entry seterusnya episod akhir

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments: