Thursday, 1 November 2012

Taufan Sandy: Rekod gelombang 4 meter di New York, New Jersey




ATLANTIC CITY (New Jersey): Taufan Sandy membadai pantai New Jersey awal pagi tadi dan menghasilkan ombak setinggi empat meter, sekali gus menimbulkan keresahan penduduk tempatan selepas taufan itu menghanyutkan jeti di Atlantic City dan menyebabkan kempen presiden ditunda.

Pada peringkat awal, ribut berkenaan tidak diletakkan sebagai taufan, namun perbezaan itu adalah teknikal semata-mata, berdasarkan bentuk dan suhu dalaman.Ribut berkenaan masih membawa angin kencang dan ahli kaji cuaca berkata ia kekal merbahaya kepada lebih 50 juta rakyat di kawasan berkenaan. 

Pusat Taufan Kebangsaan mengumumkan pada jam 8 malam, Taufan Sandy menghampiri pantai berhampiran Atlantic City. Ombak di laut berkenaan mencatatkan rekod ketinggian gelombang empat meter. - AP

Laporan dari  Berita Harian 



Nabila harap orang di new york, saudara sesama islam  , pelajar ataupun orang Malaysia yang tinggal di sane dalam keadaan yang selamat ..aminn .. mungkin ini adalah satu petanda ataupun Bala .. Hope ape yang terjadi  di negara new york dapat memberi kesedaran kepada Umat islam supaya banyakkan beribadat ..
Dan berdoalah kepada ALLAH agar Malaysia tidak jadi sebegini .. aminnn :)

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments: