Thursday 8 November 2012

Pendakwah Hebat : Dr.Zakir Naik

Pendakwah Hebat : Dr.Zakir Naik 



Beliau berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang mendapat gelaran
 ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar biasa, beliau juga digelar
 ‘Deedat Plus’ kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian 
sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi.
 Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible
 serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan 
luarbiasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang teks.

Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.

Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi