Monday 18 June 2012

Petua Hilang Jerawat




Assalamualaikum.. helooo alls .. arinie nak share cikit information sal macam maner nak hilangkan jerawat.. almostly perempuan lelaki selalunye jarang .. seperti korang tahu perempuan mesti akan gelisah bile diowg ade jerawat ... OH my jerawat .. HAHA !! so dekat sini ade sikit bape petua untuk hilangkan jerawat selain membeli dan memakai pencuci atau krim dikedai.. ini petua turun temurun yang selalu diamalkan oleh nenek moyang ..

Petua Pertama :

Hilangkan Jerawat dengan Beras dan Inai

Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.

Petua Kedua :

Hilangkan Jerawat dengan Asam Gelugur

Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu

Petua Ketiga:

Hilangkan Jerawat dengan Kulit Kayu Manis

Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.


petua ini mugkin tidak biasa digunakan tapi tak tahulah same ade dia betul2 mujarab atau tidakyang penting tawakal pada ALLAH ..kite just mampu usaha selagi yang mampu pade yang memerlukan petua ini dan ingin menggunakan petua ini ALL THE BEST ...

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

No comments: