Saturday, 29 September 2012

Alahaiii .. Hyperhidrosis :(

Assalamaualaikum
 ... heloooo2 my readers .. aishhh dah lame abaikan blog .. hehe nabila busy ckit .. :)
disebabkan nabila teramat la bosan segala giveaway or segmen ape2 yg nabila 6pak kat dashbord
semua nabila join .. haha *mmg terbaik la kan .. alahaii busannn :(
okew hari nabila nak cite penyakit yang dihidapi nabila .. alahaiii sedih :(
mmg la penyakit ney tak berbahaya but penyakit ini mmg merimaskan orang termasuklah nabila jugak
takpe lagi pun itu bukan kehendak nabila so nabila terima dgn hati yg terbuka dan lapang
tak semua ape yg kite nak akn tercapai kan penyakit ney sejenis penyakit yang tak berbahaya 
TAPI
ade sesetengah org yang mengalami penyakit ini yg tahap palaing teruk mgkin mencacatkn badan sahaja .. itu jer tak de la sape membawa kepada maut ..

Ape itu "HYPERHIDROSIS "



nabila pis yg ke3 tu jer tak teruk sgt..cikit2 jer :)

mesti korang tertanya2kan ape la menatang hyperhidrosis ney kan name dah la pelikkk *jujur mmg pelik
mesti sesetangah org ingat hyperhidrosis ney org yang terlajak hyperactive means org tak reti ddk diam 
so salah same sekali sangkaa itu Hyperhidrosis adalah sejenis penyakit dimana pesakit yang menghidapi penyakit ini mereka mengalami perpeluhan yang terlebih means kalau diorg tak buat aktiviti ape2 pun tak kira panas ke sejuk ke hari ujan ke diowg pun badan mesti akan peluh kdg2 sesetengah tu smpai menitik2
tapi tak la seluruh badan ia hnya terjadi pada anggota bdn yg tertentu shj
selalu penyakit ini hnyelah tertumpa pada 
bahagian muke ,bawah ketiak ,tangan dan kaki



tapi puratanye kebnykkn bnyk yg mengahadapi di tangan dan bwh ketiak .. 
so comfirm la pesakit yg mengidapi penyakit ini rimas kerana stiap mase jer diowg berpeluh..paling rimas lagi ketika diowg nak melakukan kerja . kalau pesakit yang berpeluh di tgn maka segala perkerjaan diowg mungkin akn terjejas sedikit .. bg yg berpeluh dikaki mgkin diowg tak boleh nak aktiviti lasak sgt kerana kalau asyik pkai kasut boleh menyebabkan kaki melecit..  sbb bnyk peluh
bg yg berpeluh diketiak mugkin menyebabkn diowg malu nak dekat kat org sbb bile nak angkat tgn akn nampak peluh kat bwh lengan ... *malunye kalau mcm tu 
so kebanyakkan pesakit yg mengalami penyakit ini diowg mesti berasa malu .. nak salam org pun malu sbb nanti mesti org ckp "asal tgn basah ..eeeiii gelinye" aishh malangkan nasibbb .. nabila pun jd mcm tu la asal nak salam cikgu cepat lap tgn kat baju or towell kecikk sbb takut cikgu tegur tp kdg2 tu ssh jugak nak hilangkan basah tgn ney sbb kalau lap kat kain pun still basah jugak .. aduhaiiii .. paling menyedihkan time mengahadapi peperiksaan .... time tahun lepas exam SPM .. tak silap nabila time paper BM karangan pulak tu aduhaiiii .. tbe2 tangan nabila berpeluh ..lenjun abis .. tgn nabila dah la tak bwk towel kecik or tisuuu tiem nak tulis karangan tu mmg rimas ,. sbb tgk kertas dah basah .. sedih cgt selamat tak terkoyak jer .. ney skunk pun nabila tgh menaip ney pun tgn still berpeluh .. basah dah lappy nabila ney .. aishhh

to alll yang kena penyakit ini sbnrnye ade 3cara rawatan nak pulihkan

1.Beli ubat  untuk hyperhidrosis*tapi dekat malaysia ssh nak jumpe



2.botox a.k.a suntikkn jarum dekat bahagian anggota korang berpeluh tu
kaedah yg no 2 mmg sakit sbb pesakit kena suntik dgn jarum yg bnyk tp bukan hilang smpai bile2 just beberapa tahun or bulan jer n bahaya jugakkk rawatan ini


botox kaki

botox ketiak

3 . Operation bahagian yg berpeluh
Operation mmg la tak sakit . sbb diakn beri ubat bius mgkin kita tak sedar tapi operation jugakk sgt berbahaya sbb bile operate nanti dye effect kat lain mgkin effect dekat paha or mane2 jer ..
yg itu lagi terukk lau kena kat paha lgi rimas korang nak ddk pun rimas jugakkn n takut bdn korang tak berpeluh dah .. 



so .. all yang kena penyakit ini nabila sarankan korang redha je la . inilah dinamakn dgn kelebihan tersendiri .. so korang tak yah la merungut ke ape inilah dinamakn dugaan hidup tp mgkin cara yang pertama tu berkesan sbb tak membawa effect tp nak cari ubat tu kat malaysia mmg susag sbb bnyk kat negara lain jer .. atete
nabila just kena kat tgn and kaki tu pun rase rimas but kena bersabar
so nabila sarankan kpd yang jadi cmneyy "Jangan berasa malu terhadap diri anda"
langkah kehadapan dan teruskan hiduppp :) 
sekian :)



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Tuesday, 11 September 2012

Tingkatkan keyakinan diri .. Insyallah berjaya :)


Assalamualaikum .. helo2 my readers .. wink2 lame tak berupdated
huwaa miss my blogger .. dah berhabuk n bersawang dah ney
mmg serius kali ney mmg lame tak on blog mklum akak weedding satu family busy .. 
tahniah to my sis dah kawin dah .. hope kekal until jannah 
dan aku plak tak lame lagi nak p beljar tp still rase lame jugak
aishhh lamenye aq dah teringin nak bljr ney
otak aq lame dah tak fresh dgn bljr ney .. huhu .. hope dipercepatkan .. hehe :)
eh3 lari topik lak ..ok2 arinie nabila nak share cikit tips nak tingkatkn keyakinan diri
maklum la tak semua org kat dunia buat sesuatu perkara tu dgn yakin ade yg was - was ade pulak mcm nak tak nak je kan so korang lau nak yakinkn diri korang .. satu jer nak pesan yakin pada diri korang tu .. jangan ade timbul perasaan takut





Tips tingkatkan keyakinan diri :-
credit to silampuneon

1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi