Sunday 29 July 2012

kelebihan berpuasa



Assalamualaikum .. arinie aq nak cite cikit kelebihan berpuasa ..
sekarang kite sudah pun berpuasa selama 1minggu lebih dah kn .. tak sangka cepat betul 
masa yang kite lalui so arinie aq nak share cikit kelebihan bulan puasa
hope korang dapt memahami dan dpt beramal ..
selamat beramal ^^


kelebihan berpuasa :-


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkatmaka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Wednesday 25 July 2012

Auto Player simple

Assalamualaikum .. heloo olls arinie tibe2 rase nak buat tutorial .. ok disbbkan rase mcm semak jew kalau pkai music player yang akan 6pak video tu so skunk nak ajar ckit macam mane nak buat auto player yang simple macam selalu kita tgk dekat tumblr.. mcm pic kat bwh

auto player ..

auto player ney korang boleh ikut suke jew nak letak mane same ader kat atas , bawah tak pun dekat sidebar korang jnji korang tak salh kod lau tidak bercelaru blog korang ok stepnye

first korang pergi ke SINI




then dye akan kuar mcm dlm gambar kat atas tu lepas tu korang 6pak anak panak merah tu korang tulis la lagu ape yang korang nak .. korang serch je dekat situ ..


then dye akan kuar la lagu ape yang korang serch tu dah jumpe n lagu yang korang nak tu korang tekan la dekat name lagu korang serch tu mcm dlm gambar kat ats .. 


then lepas tu dye akan keluar la kod kat HTML embed ney nak senang copy kod tu korang besarkan kotak HTML tu tarik kat bwh kotak tu mcm dlm gambar kat ats lepas tu korang tekan Ctrl + F secara serentak then korang tulis kat kotak tu mp3 then dye akan highligth name mp3 tu so lps tu korang cari kod yang mcm ney

*klik gambar kalau nak lebih jelas

then korang dah jumpe tanda highligth tu korang copy kod yang dekat sebelah perkataan mp3 yang bermula dengan Http  sampai la mp3 balik mcm dalam gambar atas tu .. then copy kod tu lps korang paste la kat note pad or mane2 dulu 

lepas dah siap copy korang pergi ke SINI

*klik untuk lebih jelas



then lps dah klik kat page tu akan kuar la macam kat dlm gambar kat ats ney kan so korang ade name kotak-kotak yang telah diwarnakan .. fungsi dye adalah :-

kotak coklat :- paste kan kot korang kat situ
kotak merah :- name lagu korang
kotak hijau :- yang atas tu pastikan korang tick auto play then lps klik auto play korang tekan generate code then dye akan keluar la kod then lps tu korang copy la kod tu then paste dlm blog korang ..mudah je kan .. hope korang enjoy

notis : preview dulu sebelum save




Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday 23 July 2012

Perkahwinan remaja di usia muda


Assalamualaikum n heloo olss my readers ..  arinie dah masuk 4harie kita berpuasa . hope arie puasa anda ceria selalu .. arinie nak cte cikit sal story perkahwinan yang menjadi mulut orang n menjadi cte dekat FB , twitter n blog pasal seorang remaja muda berkahwin.. iaitu Syafiq yang berumur 16 tahun dengan Yana yang berumur (14 tahun)

Kahwin muda ??
tak salah kahwin muda .. kenapa orang nak pndang cgt negative kalau kahwin muda sesungguhnya dlm islam mmg sudah digalkkn kita untuk kahwin muda so tak salah pun anak muda ini kahwin muda jgn kite sesekali pkir hal negative terhadap mereka  sebab kawan aq pun ade kawin muda but cuma yang beza dengan remaja ney dua2 muda yang kawan aq ney pulak suaminye sudah berumur 20 lebih tapi dia masih berusia 16 tahun  pada tahun ini.. tapi skunk dye dengan suaminye hidup bahagia ..
kan3 ?? so jgn kate pandang org ke arah negative sekurangnye diowg dah elak dr melakukan maksiat sbb bile dah kawin ia sudah pun Halal tak de la berlaku kena cekup ngn jbtan agama la tak de la buang anak so think positive n Syaitan pun akan menangis jika berlaku perkahwinan sbb dye dah ssh nak hasut untuk melakukan maksiat lebih banyak .. masyallah bertapa besarnye sesuatu "perkahwinan " itu .. so kepda anak muda ini sy ucapkan tahniah kepada anda berdua .. semoga bahagia ke anak cucu .. aminn

Rasulullah bersabda :
" Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia MUDA, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " - HR . Ibnu 'Addi
♥♥♥ KAHWIN MUDA ITU MANIS ♥♥♥

bagi sape yang tak tengok lagi video perkahwinan mereka sila pergi ke link ini :-


photo - photo semasa perkahwinan mereka :-














Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Top 5 blogskin mingguan 2




assalamualikum n helooo olsss readers .. arinie minggu kedua so nak share cikit top 5 blogskin minggu ney .. minggu editer skin dye orang yang same coz semua top 5 tu skin dye .. skin yang comel .. skin cartoon like elmo ,domo n simsimi superman .. yang aweesome try la korang cuba .. just ambik n preview dluw kalau suke save templete .. skin ini dah disediakn dngn tutorial so korang tak yah la buang erk lau korang nak buang korang kne mintk izin empunye editer skin tu .. hihi

blogskin ini from scha al hassan not scha al yahya ye.. hihi

yang pertama : Skin Elmo




link skin elmo --->  ELMO

yang kedua : Domo




link skin domo ----> DOMO 

yang ketiga : simsimi




link simsimi -----> SIMSIMI

Yang keempat :- superwoman




link superwoman ---> SUPERWOMAN

Yang kelima n terakhir :- I Love U




link untuk skin I love u ----> I LOVE U

Done !! nie la semua skin untuk minggu ini minggu yang lain untuk skin lagi menarik ..hope korang enjoy yew .. dah ambik cte tau ..  kalau korang suke korang just ambik kod then save templete



peringatan : jangan sesekali buang credit kat skin n edit duluw baru save



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Wednesday 18 July 2012

Vote For Lysaa Faizureen



HElooo olls .. arinie aq nak cte cikit pasal Kakak comel dalam blogger ney .. hihi .. korang nak tahu tak yang akak Lyssa kita ney dapat finalist dalam Levi's Curve ID Blogger Award .. wahh hebatkn kak lysaa so skunk ney aq nak minta tolong korang semua untuk vote akak Lyssa kita ney supaya dye jadi juara dalam pertandingan tu .. so nak tahu macam mane nak vote kn .. senang je

cara -caranya :-

1. korang bukak link ney --------> http://www.eh.com.my/levis-curve-id-blogger-award-undi#loginUrl[iframe]/0/

2. korang tekan LOGIN dekat bahagian kanan PC korang

3. korang register terlebih dahulu ..


selesai korang registerkan .. korang kenalah check email korang selepas registration sucessfully .... then lepas tu korang bukak email korang tu korang tekan CLICK HERE  macam dalam gambar bawah ini 


dan dah tekan CLICK HERE tu korang kenalah LOGIN balik .. then korang isilah emailkn n password korang yang telah korang register tadi 

then lepas dah LOGIN korang tekan name akak LYSSA .. then scroll down samapi bawah sampai korang ade jumpe button VOTE korang tekan button .. then selesai .. senang je kan tak susah pun so aq dah undi akak Lyssa korang bile ag ?? jom kite pakat2 undi akak Lyssa supaya dye jadi juara .. korang jangan undi sekali jew korang undilah tiap2 hari sehinggalah tarikh akhir 31 JULAI 2012 .. ape tunggu lagi VOTE FOR LYSSA .. 

TO akak LYSSA terima kasih bnyak kerana bnyak membantu sy dalam dunia blogger .. sy vote akak LYSSA .. 


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Tuesday 17 July 2012

Top 5 Blogskin pada minggu ini



Helooo Ollls .. harinie aq nak share kat korang blogskin yang bg ag top 5 tapi aq akn share bkn arinie jew but tiap2 mggu mgikut pilihan yang cantik so kalau nak ambik blogskin tersebut boleh jew tapi sebelum ambik sila tinggalkn  mcj di chatbox or commnent yew..

yang pertama :-

payphone

*klik untuk lebih jelas

design by :- illishuhada
headers by : illishuhada
codes by : nazlindaellyana
photo by : amirah salahudin

kod untuk payphone sila klik sini 

yang kedua :-

online diary cupcakes 

*klik untuk lebih jelas

Template:Meerasigadisapril
Edit:Meerasigadisapril
Background:Meerasigadisapril
Image:We♥it
Others:♥♥♥


kod untuk online diary [kilik sini ]


yang ketiga :-


strawbery cup cakes

*klik untuk lebih jelas

Template & Skin by : 
Husnaa.
Big help from : 
Wani | WHI | C4U | Una

kod untuk strawbery cup cakes [sini ]


yang keempat :-

Take My heart 


*klik untuk lebih jelas

templete create from :

Faqihah HUsna

kod untuk take my heart [ sini ]


yang kelima n last sekali :-

Forever Imperfect 

*klik untuk lebih jelas 

 created by 
Nur Najla. Basecode from Faqihah Husni.
 Sidebar image from 
Sis Nabiyha 

kod untuk forever imperfect [sini]


inilah top 5 yang menarik buat minggu ney untuk mggu depan yang lain pulak .. 
bg sesiapa yang tidak tahu mcm mane nak tukar dari blog biase ke blog skin and macam mana nak ambik blogskin ..sila tengok tutor di link bwah ini

LINK


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Cara - Cara nak tukar templete ke Blogskin



Heloo olss ramai yang tnye macam mane erk nak buat blogskin ..mudah sahaja ..tak kisah la pkai tempelete ape pun nak tukar kepada blogskin korang kena tekan dekat dashbord blog korang tu dekat templete then korang tengok kat bawah sekali ade tulis "revent to classic templete "
*klik untuk lebih jelas

so korang tekan tu .. then lau dye kuar "upgrade your templete " korang jgn tekan coz tie jadi balik tempelete yang asal ..

lepas dah klik tu korang kosongkn kod korang dekat kotak kod then korang serch la blogskin yang korang nak tu then dekat blogskin yang korang bkak tu macam mane nak ambik kan ?? mesti korang tertanye2 kan so cara dye korang tgk dkt bwh pic preview blogskin tu kat bawah tu ade 
tulis "blogger main " klik kat situ then secara automatik dye akn dowload then save kat notepad korang so nak kod tu korang bkak notepad tu then copy kesemua kod tu then paste dekat tempat kod 
sebelum korang save baik korang preview terlebih dahulu takut kod dye tak betoi so dah puas dan rase dah selesai betulkn kod korang save dan itulah hasil dye ..

*kotak kod

*dowload blogskin
*peringatan : semua blogskin yang di dowload perlu di edit terlebih dahulu 
contohnye : about me , link ngn stuff

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday 16 July 2012

Cara - Cara nak buat blog









Heloo olls .. disbbkn aq bnyk free time so aq nak la buat satu tutorial mcm mane nak create blog ..biase kte tgk tutorials yang ade semua cite pasal nak design blog kn tapi nak buat tu mcm mane ?? msti korang akn tertnye2 kn .. so disbbkn ade kawan aq ney teringin sgt nak blog .. n tak tahu nak buat meh2 aq ajar ko erk ..dalam tutor ney aq terpksa gune bnyk image coz aku takut korang tak paham sio maaf noe .. okew first step korang bkak goggle then korang search la "BLOG "

then dye akan kuar satu page ini so korang tekan blogger : create new blogger ..
lepas dah tekan korang tekan sign up 
 then lepas tu dye akn sruh isi email n blalala .. so korang isi je la mcm FB jugak ..macam dalam pic kat bawah ..




*klik untuk lihat lebih jelas

then lepas tu korang isi lagi kat bwah dye then korang isi la kata laluan dye tu .. dah isi kata laluan korang tick i agree tu then NEXT STEP ..

lepas dah tekan next step tu dye akan kuar yang korang dah hasilkn email so lau korang rase nak msukn image add la photo lau tak nak korang terus jew next step 
lepas tu plak korang dah dpt hasilkn gmail untuk blog then korang tekan dekat "back to blogger "
next dah tekan kan korang kena la create blog for new blog
korang akan 6pak new blog so tekan kat situ then dye akan keluar macam kat dlm pic kat bwah ney  so lepas tu kat ats tu korang isi la tittle bllog korang then link blog korang contohnye "vanilacoklatpeace.blogspot.com "
lepas tu pulakk korang pilih la templete mane yang cantik bg korang then dah pilih tekan create blog




*klik untuk lebih jelas

dah siap create blog nak tgk blog korang jadi or tak ..korang kena la create a post ..  peringatan : kalau ade notice share to goggle tekan cancel .. 




*klik untuk lebih jelas

dah kuar mcm kat dlm pic atas tu korang create la korang nak tulis ape yang kat ats tu ade post tittle tulis la ape2 tittle yang korang nak cte kat bwh tu yang besar tu cte la story yang ade kaitan ngn tittle ats tu lepas tu aq ade kotakn . itu adelah icon 

warna merah : tempat dimana nak masuk pic n video
warna oran : size tulisan
warna hitam : jenis tulisan 

then lepas dah siap post tu korang klik kat button "updated "

then siap la blog korang tu dah jadi satu blog then lau korang nak tgk tekan "view" law mcm ade tak kena jew nak betulkn ayat ke ape kat post korang .. korang klik jew "edit "
 then dah siap kan korang rase macam blog korang tak cantik jew so korang boleh editkn blog korang tu korang pergi dekat templete .. korang tekan customise.. tak pun kalau nak edit ape yang ade kait dekat edit HTML aq nasihatkn korang ikut panduan dekat tuto blogger takut abis hancur blog korang jadi berterabur kod dye ..  lepas klik "customise " tu korang tekan mane yng ptt dye ade view kat bwah tu korang leh la tgk blog korang akan jadi ape yew.. hehe

then nak ttp blog korang ade 6pak gmbr orang kat ats tu korang tekan la kat situ dan sign out



lepas nak bkak balik korang serch kat google  "blog " tekan create a blog jugak tapi korang jgn sign up tapi sign in masukn la email n password korang dan update la ape2 post korang yang rase nak share kat blog ney .. hope korang dapat enjoy dengan blog ney .. 



Selamat Mencuba SEmua ... :) gudluck 

*law ade ape2 tak tahu sila comment dekat post ney or tinggalkn mcj anda dekat cbox 
tutorials untuk design  comming soon 


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi