Thursday 27 December 2012

Kelebihan Surah As Sajdah


Share untuk semua pembaca blog nabila..Jadikanlah Ia sebagai Pedoman :)

Bismillahirahmahnirrahim .. 

Fadilat Surah As Sajdah
  1.  Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abi Hurairah R.A berkata : "Nabi S.A.W membaca pada sholat fajar(subuh) pada hari jumaat (alif laam mim tanzil ) As Sajdah dan ( Hal Ata Alal Insan) In-san" 
  2. Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata " Nabi S.A.W TIDAK TIDUR HINGGA di baca Surah As Saajdah dan Al Mulk.
Intisari Surah As Sajdah

Surah As Sajdah adalah surah ke 32 dalam Al-Quran... Surah ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al Mu'minum. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surah ini terdapat sajdah (sujud) pada ayat ke 15.

Keterangan Ayat 4-5

Allah menjadikan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya dalam masa enam hari, iaitu enam masa yang tertentu, kerana sehari pada sisi Allah adalah kira kira seribu tahun lamanya pada kita. Kemudian Allah bersemayam di atas Arasnya (takhta Kerajaannya). Sebagaimana seorang raja memerintah di atas takhta kerajaannya untuk mengatur dan melaksanakan pemerintahannya, maka Allah mengatur alam yang luas ini dan memerintahnya dari Arasynya. Tetapi Arasy Allah itu tidaklah serupa dengan takhta raja sebagaimana Allah tidak serupa dengan manusia. Maka Arasynya juga tidak serupa dengan takhta raja. Sebab itulah Allah yang mengetahui hakikat Arasy itu.


Kata sesetengah ahli tafsir, perkataan ini adakah kata kiasan, untuk mengambarkan bahawa Allah mengatur sekalian alam dan memerintahkan dari pusat pemerintahannya, sebagai raja memerintah negeri dari atas takhta kerajaannya..


Keterangan Ayat 15-17


Orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Allah ialah orang yang bila diberi peringatan dan pengajaran , mereka tunduk dan sujud ke bumi serta bertasbih memuji tuhan, sedang mereka tidak sombong. Mereka tidur pada malam hari kerana meminta (berdoa) kepada Allah dengan hati takut serta mengharapkan pada rahmat Allah taala. Selain daripada itu mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang dianugerahkan Allah untuk ahli keluarganya dan fakir miskin yang melarat dan sengsara. Allah menyediakan untuk mereka itu syurga dengan bermacam-macam kesukaan, kegembiraan dan kesenangan hati.


Firman Allah bermaksud "aku menyediakan untuk hambaku yang soleh apa-apa yang belum pernah di lihat mata dan belum pernah di dengar telinga dan tidak terlintas di dalam hati manusia sedikit juga". Kesenangan di dunia ini dicampuri oleh kesusahan, tetapi kesenangan di akhirat pula tidak bercampur sedikit pun dengan kesusahan. Itulah balasan terhadap amalan soleh.


Keterangan Ayat 20-22


Adapun orang-orang ang fasik dan derhaka pada Allah taala, tempat tinggalnya dalam neraka, mendapat seksa api yang menyala-nyala. Setiap kali hendak keluar dari neraka itu, akan dikembalikan semula di dalamnya.. dikatakan kepadanya " rasailah(tahanlah) seksa neraka yang kamu dustakan selama ini !" Allah mendatangkan seksa kepada mereka diatas dunia ini, sebelum tiba seksa di akhirat yang lebih besar, supaya mereka bertaubat dan meminta ampun kepada Allah, Tetapi mereka juga tidak mahu bertaubat, meskipun diberi peringatan dan pengajaran. Sebab itu Allah menyeksa orang-orang yang berdosa itu.


Dalam ayat ini nyatalah, Allah menyiksa orang-orang yang berdosa diatas dunia sebagai balasan dosannya itu. Tetapi jika terus membuat dosa, maka Allah akan menyeksanya di dunia dan akhirat. Maka balasan dosa itu bukan di akhirat sahaja malah diatas dunia ini juga. Sebab itu insaflah wahai orang-orang yang derhaka kepada Allah dengan melanggar aturan agamanya. Marilah kita bertaubat kepada Allah taala sebelum roh kita berpisah dari jasad.

*Amalkan surah As Sajdah setiap pagi (selepas sholat subuh) dan sebelum tidur (malam)..

Credit to : Nukilan wAN mOTor



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Wednesday 28 November 2012

Khasiat 7 Surah

Assalamualaikum sekali lagi .. Ahlan Wasahlan semua
Dah banyak hari nabila tak updated Blog ney dah nak bersawang dah .. 
Tenet nabila slow so terpakse biarkan blog begitu sahaja .. To sape2 yang Follow Nabila ,Nabila nak minta maaf kalau nabila terlate follow kamu balik . hehe 
Ok . harinie Nabila Nak share kat kamu semua Khasiat 7 Surah dalam Al-quran..
same2lah kite amalkannya .. **Muhasabah la diri kamu masing2 :)

Khasiat 7 surah Dalam Al-quran ;-

SURAH AL-KAHFI

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"


SURAH AS-SAJDAH

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"


SURAH YAASIN

Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khusunya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".


SURAH AD-DUKHAN

Daripada abi Hurairah .a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".


SURAH AL-WAQIAH

Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"


SURAH AL-MULK

Daripada Ibnu Abbas .a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga keoada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"

Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

SURAH AL-HASYAR

Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"

Bacalah Al-quran sesungguhnya ia dapat membantu kamu ketika kamu mati nanti 






Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Friday 23 November 2012

Penduduk Gaza gembira



BANDAR GAZA, Palestin - Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan tahniah di atas 'kemenangan' menentang Israel.
"Dalam satu perbualan telefon, Abbas mengucap tahniah kepada Haniyeh di atas kemenangan Hamas dan takziah buat mereka yang mati syahid," kata satu kenyataan pejabat Haniyeh.
Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, Abbas menerima panggilan telefon daripada Haniyeh bagi memaklumkan mengenai situasi di Gaza selepas persetujuan gencatan senjata dicapai pada Rabu lalu
"Presiden 'tabik' di atas kesabaran penduduk Palestin ketika menghadapi serangan dan menekankan kepentingan gencatan senjata," lapor Wafa.
Pergerakan Hamas menguasai Gaza manakala Abbas daripada pergerakan Fatah menguasai pentadbiran Tebing Barat di Palestin.
Sementara itu, jalan-jalan raya di Gaza yang lengang ekoran serangan udara dan laut tentera Israel sebelum ini kembali dipenuhi dengan kereta dan orang ramai selepas gencatan senjata tersebut dipersetujui kedua-dua pihak.
Penduduk juga bersorak kegembiraan kerana sempadan Gaza yang ditutup Israel dibuka semula ekoran persetujuan gencatan tersebut.
Para pemimpin Hamas turut mengisytiharkan kemenangan ke atas Israel semalam.
Ribuan penyokong pergerakan itu mengibarkan bendera pada satu perhimpunan pada hari pertama gencatan senjata.
Serangan Israel berlaku selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Palestin.
Haniyeh yang berucap menerusi televisyen meminta para pejuang menghormati gencatan senjata itu.
Gencatan senjata itu diusahakan oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana peranannya melakukan rundingan gencatan senjata itu.
"Presiden mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana usaha-usahanya untuk mencapai satu gencatan senjata dan disebabkan kepimpinannya dalam rundingan (gencatan senjata)," kata satu kenyataan White House.

HANIYEH (kiri) melambaikan tangan ke arah penduduk pada perhimpunan meraikan gencatan senjata di Bandar Gaza.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan beliau menerima cadangan AS supaya memberi peluang terhadap gencatan senjata tersebut dilaksanakan.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan, Israel telah mencapai semua matlamat ketenteraan semasa serangan selama lapan hari itu.
Beliau juga mengarahkan pihak tentera memantau gencatan tersebut.
Gencatan senjata itu meminta Israel menghentikan semua aktiviti ketenteraan di daratan, laut dan udara termasuk melakukan serangan terhadap individu Palestin.
Serangan roket para pejuang Hamas juga akan dihentikan ekoran gencatan itu.
Israel juga akan membenarkan pergerakan penduduk Palestin dan barang melalui sempadan Gaza berdasarkan persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak.
Semasa serangan itu, tentera Israel menyatakan lebih 1,500 sasaran di Gaza telah diserang.
Para pejuang Palestin melancarkan 1,354 serangan roket ke wilayah Israel.
Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, seramai 163 penduduk Palestin mati dan 1,235 lagi cedera.
Seramai lima penduduk Israel terbunuh dan 280 lagi cedera.
Sementara itu, Ketua Hamas, Khaled Meshaal menyatakan Israel gagal dalam serangan tersebut.
"Selepas lapan hari, Tuhan menjauhkan tangan mereka daripada penduduk Gaza.
"Semua matlamat Israel menemui kegagalan," katanya. - Agensi
Artikel dari - kosmo online

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Wednesday 21 November 2012

Doakan Mereka Dalam Tahajjud :)



Doakan mereka dalam tahajjud kita . Yakinlah kita pada janji Allah, Islam pasti menang!
 Allahuakbar! Allahuakbar!

5  Gambar Di gaza Semasa Peperangan :(







"Kun fayakun".Kalau Allah kata jadilah, maka jadilah sesuatu itu. Kalau Allah kata musnahlah kaum yahudi itu,maka musnahlah mereka.
 #PrayForGaza

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Kempen :Pray For Gaza


Assalamualaikum .. 
Dah lame nabila tak usyar dashboard sebab tenet nabila amatlah slow tahap siputt
Tadi nabila usyar dashboard nampaklah satu entry yang menarik minat nabila
iaitu Kempen Pray For Gaza..
Semua dah tahu kan macam mane keadaan saudara seislam kite disana
Masyallah ,sedih sangat .. 

Berpandukan tweet kat atas ney 
takkan korang nak ignore mcam tu je kan so ape lagi 
ramai2 la join kempen ini 
For more information korang tengok kat SINI

Pray For gaza
Doa itu senjata Umat Islam :)




Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday 19 November 2012

Berita Gembira Dari Gaza :)

Assalamualaikum .. 
Time nabila on Twitter nabila teperasan la artikel ney 
alhamdulilah berkat doa umat islam .. teruskan berdoa selagi kite mampu
Doa Itu Senjata Bagi Umat Islam :)

*Klik pic Untuk Lebih Jelass..

Teruskan berdoa wahai Umat islam .. 
sesungguhnya Allah dapat membantu kite dgn doa kite
Kita tak dapt hulurkan wang tak ape Janji Doa kite Dapat bantu mereka :)


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Saturday 17 November 2012

5 Sebab suke & Benci bila jadi Hottstuff


Assalamualaikum sekali lagi ..
heloooo semua .. Sejak akhir - akhir ini  nabila mintk maaf sgt tak leh nak updated entry sebab nabila busy nak uruskan kemasukan study next month .. lagi 2minggu ag nabila dah nak masuk study .. Ya Allah cepatnya masa berlalu tupp2 dah nak jadi student "ipta" atete .. nervous ..
haha .. abaikan ayat nabila yang merepek tu .. *merepek tapi benar ..

hari ini nabila nak cite pasal "HottStuff "
Kalau sebut pasal Hotstuff rasenya tak perlu kot nak explain sbb ramai dah tahu ape itu "Hotstuff "
Kebanyakkan Orang kat Muka Bumi nie selalu tergila - gilakan untuk jadi 
"Hottstuff "
persoalannya 'perlu ke nak jadi Hotstuff " best ke ?
Berdasakan kajian *macam forensik pulak ..kui3.. Hotstuff selalunya dikaitkan dengan Facebook ,twitter , Blogger and Vlogging
Tapi paling kecoh Hotstuff di Facebook dan Twitter ..
Kalau korang perasan bile korang Stalk Twitter or FB Hotstuff nie korang tak yah usyar lain korang tengok Followers je mesti beriban kan .. mesti ade kejelesan didalam naluri hati korang ..betul tak ?
Itu baru korang tengok Followers or Friend diowg .. belum lagi usyar Pic atau status lau usyar status ngn pic kat FB mesti yang liking tu agak Tinggi puratanya walaupun gambar mereka tu simple2 jew
Kalau tengok Twitter pulak mesti tak abes2 orang akan mention name Hotstuff ney.
Tapi tak semua orang suke bile jadi "HOTTT " ade yang happy sebab bile lepak mane2 jew mesti ade orang akan usyar lame2 macam nak makan pun ade .. hehe

*mesti ade orang akan jadi mcm ney bile jadi Hottt

5 sebab Kenapa Orang Nak Jadi Hotstuff :-

1. Bile jadi Hott Followers Twiterrrr Ramai beriban2 same la dengan Fb jugak friend Ramai

2.Bile jadi Hottt Orang yang akan tekan butoon Like ,bUtton Share ,Button Retweet tu  agak2 boleh buat Band atau boleh buat Club Football . *Beriban3

3.Bila jadi Hotttt mesti ramai yang nak puji jew walaupun muke macam "Tikus Mondok"

4.bile jadi hottt Harie2 dapat Kenalan baru ,boleh Main crush3 ,.fake relay 

5. bile jadi Hott time p lepak mane2 jer mesti ade orang akan tegur mesti ade orang teruja konon -konon macam dye ney adlah seorang "Retiss "

Itulah sebab kenapa orang Tergila2 nak Jadii HOtt ney .. 
Tapi tak best jugak Hott 
SEbab bile HOtt mesti ade orang perhatikan kite
"jage -jage ade yang memerhati " *kiah Propa


5sebab benci jadi Hotstuff   :-

1. Bile jadi Hott banyakla Dapat Tag picture kdg2 tu tak kenal pun orang yang tag tu
"Biaselah orang yang tag tu nak tumpang banyk Like " 

2 .Bile jadi hOTTT .. keluarlah kata -kata mcm ney dari peminat
 " kau jgn ambik dye .dye tu boyfie aku "akan terjadi mcm ney ade org akn mengaku jadi adik angkat .awek n errr macam2 la .. 

3. Bile jadii hottttt orang asyik nak usyar jer .. Time tu mesti rase cam " aku pkai baju terbalik ke ?"

4.Bile jadi hOTTT ..Ade orang yang  jeles then buat Fitnah dan ade jugak benci terusss ..

5 . Bile jadi Hotttt errr duduk tak senang bile lepak mane2 rase mcm nak lari jer sebab ramai yang nak main larian berlari tanpa henti 

Kesimpulanya :-

Tak perlu nak mencari Publisiti .. Jadi diri sendiri lebih guna ..bersederhanalah dalam hidup
Dalam Islam pun ade cakap "Tak perlu nak kejar Popular sebab nanti mati masuk Kubur jugak "
So that why la de yang suke jadi HOttttt dan ade jugak yang tak suke
Nabila harap korang Fikir la masak2 mane yang lebih berguna dalam hidup
Jadilah manusia yang boleh masuk ke syurga kerana amalan baiknya
Lebih baik Jadi Imam dari Jadi Seorang penyanyi .. 
sekian .. :)










Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Friday 16 November 2012

Taubat Si Tukang Fitnah :)


Allah maha mengampun segala dosa hambanya .
jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun :) 

Ada seorang tukang fitnah yang jatuh cinta kepada seorang gadis tetangganya. Suatu hari, keluarga gadis itu mengutusnya ke kampung lain untuk suatu keperluan. Mengetahui hal itu si tukang fitnah pun mengikutinya, lalu melontarkan bujuk rayunya kepada wanita itu.

Gadis itu berkata, "Jangan kau lakukan ini! Sebenarnya cintaku padamu melebihi cintamu kepada-ku, akan tetapi aku takut kepada Allah SWT”. Laki-laki itu berkata, "Kau takut pada Allah, sementara aku tidak takut kepadaNya?" Akhirnya laki-laki itu pulang dengan perasaan penuh tobat kepada Allah SWT. Dalam per-jalanannya ia didera rasa haus yang mencekik tenggorokannya. Dalam kondisi kritis itu tiba-tiba dia bertemu dengan utusan dari seorang nabi Bani Israil dan ditanya, "Mengapa kau ini?".

"Haus," jawabnya. Utusan itu berkata, "Ke sinilah, kita berdoa kepada Allah agar awan menaungi kita hingga sampai tujuan". Laki-laki tukang fitnah itu berkata, "Aku tidak mempunyai amal kebajikan". Utusan nabi itu berkata, "Aku yang berdoa dan engkau tinggal mengamini".

Berdoalah utusan itu dan si tukang fitnah mengaminkannya. Tidak lama kemudian datang awan menaungi mereka hingga mereka tiba di kampung tujuan. Setelah sampai, si tukang fitnah memasuki rumahnya, sedangkan awan itu mengikutinya. Sebelum utusan itu pulang dia berkata, "Engkau telah mengaku tidak mempunyai amal kebajikan, padahal ketika aku berdoa dan engkau mengamin kannya, serta merta awan itu menaungi kita, kemudian aku mengikutimu agar engkau memberitahuku apa sebenarnya yang telah terjadi denganmu". Lalu tukang fitnah menceritakan kisahnya kepada utusan itu. Maka berkatalah utusan nabi itu, "Orang bertobat kepada Allah mendapat kedudukan yang dimana tidak ada seorangpun menyamai kedudukannya".



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Thursday 15 November 2012

Pray For Gaza ..


BAITULMAQDIS: Kementerian Luar Israel mengemukakan cadangan untuk menggulingkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sekiranya usaha Palestin untuk mendapatkan status negara pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diluluskan hujung bulan ini.
“Menggulingkan kerajaan Abu Mazen (Mahmoud) adalah satu-satunya pilihan dalam kes ini.

“Pilihan lain akan bermakna mengangkat bendera putih dan mengaku kegagalan kepimpinan Israel dalam menangani cabaran itu,” kata kementerian berkenaan dalam satu kertas dasar.
Kertas dasar itu ialah rangka dokumen yang dijangka diluluskan oleh Menteri Luar, Avigdor Lieberman.

Dia kemudian akan menyerahkannya kepada pegawai yang bertanggungjawab merancang tindak balas rejim berkenaan terhadap usaha Palestin itu.

Lieberman sebelum ini menyuarakan pendapatnya bahawa Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai Mahmoud perlu dibubarkan sekiranya usaha di PBB itu berjaya.
Pihak Berkuasa Palestin dijangka mengemukakan cadangan untuk mendapatkan status negara pemerhati di Perhimpunan Agung pada 29 November ini, meskipun dibantah oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Usaha itu dilakukan kira-kira setahun selepas cubaan Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB gagal kerana diveto oleh Amerika Syarikat.
Namun, usaha untuk meningkatkan status keanggotaannya menerusi Perhimpunan Agung, dari anggota bukan negara, dijangka berjaya dengan mudah.

Ia bagaimanapun akan mendorong tindak balas keras daripada rejim Zionis.

Kertas dasar yang disediakan kementerian berkenaan memberi amaran, Israel ‘perlu mendapatkan harga yang tinggi daripada Mahmpud’ dan menerima status pemerhati di PBB akan dianggap ‘melintasi garisan merah.’ Stesen televisyen Channel 10 Israel melaporkan 5 November lalu, Lieberman menyokong pembubaran Pihak Berkuasa Palestin ketika berunding dengan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton.

“Jika Palestin pergi ke Perhimpunan Agung PBB dengan usaha baru, mereka perlu sedar bahawa mereka akan menjadi sasaran tindakan teruk daripada Israel dan Amerika Syarikat.

“Jika Palestin meneruskan usaha itu, bermakna mereka memusnahkan sama sekali peluang rundingan damai. Saya akan memastikan Pihak Berkuasa Palestin musnah,” lapor stesen berkenaan, memetik kenyataan Menteri Luar itu. - AFP

Artikel From : Harian Metro Online 



Semoga Mereka Semua dalam keadaan yang selamat Kite sbg Umat Islam banyakkan berdoa untuk mereka Kerana Doa kita adlah salah satu pertolongan untuk mereka Doa Senjata Umat islamPray For Gaza..AllahuAkhbar :) 

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Wednesday 14 November 2012

- Kisah Wanita Berpudah -

Sempena Awal Muharam Nabila Nak Share satu cerita yang Nabila rase boleh Dijadikan pengajaran bagi kite Umat islam .. same2 la memahami jalan ceritanya ..
Renung2kan dan selamat beramal ..
Selamat Tahun Baru Islam 1434 Hijrah
Kisah Wanita Berpudah Membeli -belah :-
Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu td dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja. 

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... 

Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah...

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

#kemana pun kamu pergi, bawalah islam bersama!

Salam Awal Muharam 1434 Hijrah :)



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday 12 November 2012

Gempa bumi kuat landa Myanmar



YANGON, Myanmar - Sekitar 12 orang dikhuatiri terbunuh dan 16 yang lain cedera apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan bahagian utara Myanmar semalam.
Gegaran yang berpusat dekat bandar Shwebo mengakibatkan sebuah jambatan dan sebuah lombong emas runtuh.
Bencana itu turut merosakkan beberapa struktur pagoda lama.
Namun, tiada kecederaan atau kemusnahan besar dilaporkan di bandar kedua terbesar di Myanmar, Mandalay yang terletak dekat Shwebo.
Mandalay terletak sekitar 117 kilometer ke selatan pusat gempa berkenaan.
Seorang pegawai Jabatan Meteorologi Myanmar berkata, gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 7.42 pagi waktu tempatan.
"Ini merupakan gempa bumi terburuk sepanjang hidup saya," kata seorang penduduk Shwebo berusia 52 tahun yang dikenali sebagai Soe Soe.
Menurutnya, tembok konkrit besar sebuah biara runtuh dan beberapa ukiran pada dinding pagoda lain di bandar itu turut rosak.
Kemusnahan turut dilaporkan di Mogok yang merupakan sebuah kawasan perlombongan permata utama di Myanmar.
"Tanah runtuh berlaku di sebahagian lombong batu delima tetapi tiada kecederaan berlaku ekoran kawsan tersebut menempatkan lombong lama," kata seorang penduduk Mogok, Sein Win.
Stesen televisyen Myanmar melaporkan, berpuluh-puluh pagoda di lima buah bandar rosak dalam bencana tersebut.
Bencana itu turut menyebabkan sebuah jambatan yang sedang dibina merentasi Sungai Irrawaddy runtuh.
Infrastruktur tersebut menghubungkan bandar Sintku yang terletak sekitar 65 kilometer ke utara Mandalay dengan bandar Kyaukmyaung.
Gegaran di Myanmar itu turut dirasai hingga ke Bangkok di Thailand. - Agensi
kredit : Kosmo Online

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Sunday 11 November 2012

10 Kata - Kata Teladan Rasul


Arinie nabila nak share cikit
kata -kata teladan Rasuluallah S.A.W ..
Jika kite seorang yang beriman .. Manfaatkan lah ia :)
insyallah hidup akan diberkati Allah

 1."Barangsiapa mengharap keutamaan shalat malam, niscaya beban berat menjadi ringan baginya." (Ibnul Jauzi)

 2."Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama." (Shahih Muslim)

3. "Dan barang siapa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hendaknya menyambung tali silaturrahim."(HR. Bukhari-Muslim)

4."Janganlah kamu memberi makanan yang kamu sendiri tidak suka memakannya." (HR. Ahmad)

5. "Allah SWT itu memiliki 99 nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk surga."

6."Sesungguhnya manusia yg paling dekat kedudukannya dgnku pd hr kiamat adlh orang yg paling banyak membaca shalawat untukku." (HR. Tirmidzi)

7."Jadilaknlah kejujuran sebagai kendaraanmu, kebenaran sebagai pedangmu dan Allah sebagai tujuanmu." (Abu Sulaiman)

8."Fitrah manusia ada 5 yaitu dikhitan,mencukur rambut kemaluan,mengguntingbkumis, memotong kuku serta mencabuti bulu ketiak." (HR Bukhari)

9."Jika ibadahmu tidak disertai hati, perasaan, &kekhusyukan, ibadahmu itu tdk bermakna& tdk akn dinilai Allah SWT." (Hasan Al-Banna)

10."Jika mengetahui bahwa setan itu tdk pernah lupa kpdmu, engkau jgn lupa terhadap Tuhan yg nasibnya ada di tangan-NYA." (Ibnul Atha'ilah)





Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Saturday 10 November 2012

bertemu-cinta-kerana-ilahi PArt 5 .. ( Akhir )


Part 5 .. Akhir cerita kisah ini :)

Farisya Khumaera terkejut. “Is? Kau buat apa dekat sini?” Khairul Faris menjawab, “Isya? Sibuk je! Haha. Aku ada temu duga. Kau?” Farisya Khumaera pula menjawab, “Aku pun. Inilah kali pertama aku jumpa kau lepas balik Jordan dua minggu lepas. Sombong nampak. Haha.” Khairul Faris tersenyum sambil berkata, “Kenapa? Takkan rindu kot. Haha. Aku nak tanya sikit boleh tak?” Farisya Khumaera hanya mengangguk. “Betul ke Firqan dan Ammar melamar kau?” Farisya Khumaera tidak terkejut kerana dia tahu, pasti Salina yang memberitahunya.. Dia menjawab, “Betul. Tapi aku tak terimalah. Aku dah solat sunat istikharah. Tak jumpa petunjuk pun yang mengatakan Fir atau Am adalah jodoh aku. Aku malaslah nak fikir. Kenapa?” Khairul Faris berkata dalam hati,
Alhamdulillah. Kau milik aku lah kalau macam tu. Aku akan datang melamar kau, Isya. Kau tunggu sajalah.
“Tak ada apa-apa. Aku nak minta alamat kau boleh?” Farisya Khumaera mengerutkan dahinya, “Alamat? Nak buat apa? Macam nak masuk meminang pula. Haha.” “Memang pun.” Farisya Khumaera terkejut dan bertanya, “Apa dia kau cakap tadi?” Khairul Faris tersenyum dan menjawab, “Tak ada apa-apa. Tulislah alamat kau. Aku nak. Cepat sikit.” Farisya Khumaera menggelengkan kepalanya dan menulis alamat rumahnya di atas helaian kertas dan beri pada Khairul Faris. “Terima kasih ustazah Isya. Hehe. Aku pergi dulu.” Farisya Khumaera menjawab, “Sama-sama ustaz Is. aku pun nak pergi dah ni. Kau naik apa?” Khairul Faris menjawab, “Aku naik tu.” Khairul Faris menunjukkan motor Superbike kesayangannya yang berwarna merah. “Wah!! ‘Smart’nya motor. Warna merah pula tu. Patutlah ramai ‘girlfriend’ dekat sana tu asyik pandang kau saja dari tadi. Aku pergi dulu lah. Aku naik motor Nouvo 5 warna merah tu. Assalamualaikum.” Khairul Faris tersenyum dan menjawab salam Farisya Khumaera. Dia berkata di dalam hatinya,
Aku tak pandanglah ‘girlfriend-girlfriend’ dekat sana tu. Aku pandang ustazah yang naik motor Nouvo 5 tu saja. Hehe. Minggu depan aku datang rumah kau. Nantikanlah kedatangan aku.
****************
“Sya!! Ada kawan datang tu.” Ibu Farisya Khumaera memanggil. “Sekejap! Nak pakai tudung ni.” Farisya Khumaera kelam-kabut. Hatinya berbicara,
Kawan aku datang? Siapa pula? Ina tak beritahu pun. Is ke? Takkan dia berani datang seorang diri? Takkanlah dia. Mati aku kalau dia datang.
Terkejut Farisya Khumaera melihat tetamu yang datang. Tiga buah kereta BMW berada di halaman rumahnya. Dia tidak mengenali kereta-kereta itu. Ramai tetamu yang hadir. Seperti rumahnya ada buat kenduri. Farisya Khumaera terkejut lagi sekali. Dia berkata di dalam hati,
Superbike? Tu bukan motornya Is ke? Gila ke budak ni datang rumah aku ramai-ramai? Mana ada kenduri dekat rumah aku ni. Mak ayah Is pun ada sekali? Nak buat apa semua ni? Segan aku nak keluar. Is!! Kau buat apa dekat sini? Ish..!!
“Sya! Bawakan air untuk tetamu kita ni.” Ibu Farisya Khumaera menyuruhnya menyediakan hidangan. Lima minit kemudian, Farisya Khumaera menuju ke ruang tamu bersama hidangannya. “Jemputlah minum dan makan.” Farisya Khumaera mempelawa tetamunya. Dia berasa amat segan.
“Sebenarnya, tujuan kami datang beramai-ramai ni nak memetik bunga yang bernama Isya. Khairul Faris ingin menyuntingnya. Sudikah?” Pak Rahim terus memberitahu tujuannya ke rumah Farisya Khumaera. Merah padam muka Farisya Khumaera. Dia hanya tunduk memandang lantai bumi. Dia bingkas bangun dan masuk ke biliknya. Ibu Farisya Khumaera pergi ke bilik untuk bertanyakan jawapan anaknya itu. “Apa keputusan Sya? Terima tak?” Farisya Khumaera menangis. Dia terharu. Dia mengangguk tanda setuju. Dia memberitahu ibunya, “Ibu, dialah lelaki yang suaranya muncul dalam mimpi Sya lepas Sya solat sunat istikharah di Jordan semasa Am melamar Sya. Sya terima dia. Ibu beritahulah ye. Sya tak nak keluar.” Ibu Farisya Khumaera mengangguk dan tersenyum. Ibunya keluar dan memberitahu jawapan Farisya Khumaera.
Ya ALLAH, semoga sempat aku menjadi isteri Is..
Farisya Khumaera berdoa dalam hatinya. Dia menangis sepuasnya. Tiba-tiba, setitis darah jatuh daripada hidungnya. Dia cepat-cepat makan pil yang doktor beri. Dia tahu, masa yang ada semakin suntuk.
****************
“Aku terima nikahnya Farisya Khumaera Binti Abd Rasyid dengan mas kahwin RM 300 tunai.” Akhirnya, lafaz keramat itu berjaya diucapkan dengan lancar oleh Khairul Faris. Lafaz ijab kabulnya sah. Farisya Khumaera dan Khairul Faris sudah sah menjadi pasangan suami isteri. “Alhamdulillah.” Ucap Farisya Khumaera. “Alhamdulillah.” Ucap Khairul Faris pula. Menitis air mata mereka saat Khairul Faris mencium dahi isteri tercintanya itu.
Usai majlis akad nikah, semua orang bergegas ke rumah pengantin perempuan. Dalam perjalanan, Farisya Khumaera menaiki kereta kakaknya dan dipandu oleh Khairul Faris. Farisya Khumaera menyandarkan kepalanya di atas bahu suami tercintanya sehingga terlena. Sampai di rumah, Khairul Faris mengejutkan isterinya daripada tidur. “Sayang, bangun. Kita dah sampai.” Berulang kali dia mengejutkan Farisya Khumaera tetapi tiada respon. Khairul Faris berasa tidak sedap hati. Dia ingin keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk isterinya. Baru sahaja dia bangun dari tempat duduknya, tubuh lemah Farisya Khumaera jatuh. “Ya ALLAH! Isya!! Bangun Isya!! Bangun!!” Khairul Faris menjerit. Semua yang ada di situ segera menuju ke arah Farisya Khumaera dan Khairul Faris. Keadaan jadi kelam-kabut. Farisya Khumaera segera dibawa ke hospital.
“Maafkan saya. Keadaan kritikalnya telah menyebabkan maut menjemputnya lebih awal.” Kata doktor yang merawat Farisya Khumaera kepada Khairul Faris. Lemah longlai tubuh Khairul Faris mendengar berita itu. Dia pengsan. Setelah sedar, dia memanggil ibu mertuanya. “Ibu, Isya sakit apa selama ni? Kenapa tak beritahu saya?” Ibu Farisya Khumaera menangis dan menjawab, “Maafkan ibu, Is. Ibu tak boleh nak buat apa. Ini semua kehendak Sya. Sejak tingkatan 4, dia menghidap penyakit ‘leukemia’. Masa tingkatan 5, doktor beritahu bahawa penyakitnya semakin kritikal kerana sudah mencapai tahap 3. Bila-bila masa saja dia akan melalui tahap kritikal yang terakhir, iaitu tahap 4. Doktor juga ada beritahu, tempoh untuk dia menikmati hidupnya tak lama. Lebih kurang 3 tahun lebih saja semasa dia berumur 17 tahun. Kini, dia telah pun pergi menghadap Ilahi. Usianya telah mencecah 20 tahun. Maafkan ibu. Inilah kata-kata terakhir dia untuk kamu. Dia bagi ibu surat ni sehari sebelum pernikahan kamu berdua.” Ibu Farisya Khumaera menghulurkan sampul surat yang berisi kata-kata terakhir Farisya Khumaera untuk suami tercintanya, Khairul Faris. Ibunya keluar daripada bilik untuk memberi ruang bersendiri buat menantunya itu.
Ke hadapan suami tercintaku, Abang Khairul Faris…
Assalamualaikum wahai Abangku. Isya tahu, Abang tengah sedih sekarang ni. Isya juga tahu, di saat Abang sedang baca surat ini, Isya dah tak ada di sisi Abang. Isya dah pergi dari dunia ni untuk selamanya. Maafkan Isya ye. Isya sayang Abang. Sayang sangat! Dulu, Isya tak suka Abang sebab kita asyik gaduh saja. Tapi sekarang, Isya cinta Abang!Betul kata orang, mula-mula benci, lama-lama sayang. Isya dah tak ada lagi. Isya izinkan Abang kahwin satu lagi. Satu saja tau. Tak boleh lebih-lebih. Abang janji ye Abang akan kahwin. Dengan siapa? Nak Isya calonkan? Abang boleh kahwin dengan Balqis. Balqis masih ada hati dengan Abang. Kenapa Isya cakap macam tu? Balqis ada jumpa Isya sehari sebelum kita nikah. Dia kata dengan Isya, “Qis redha kalau Sya nak kahwin dengan Khai. Qis tahu, salah kalau Qis menyimpan perasaan terhadap bakal suami orang, tapi, Qis tak boleh lupakan Khai. Maafkan Qis ye Sya. Semoga Sya bahagia dengan Khai.”
Boleh Abang kahwin dengan Balqis? Boleh tau. Ini amanat dari isteri tercinta Abang. Terima kasih sebab Abang datang rumah Isya dan melamar Isya. Isya terharu dan suka sangat waktu tu! Abang, maafkan Isya dan halalkan semua yang Abang beri pada Isya. Halalkan kasih sayang Abang. Doakan Isya bahagia di sisi kekasih sejati Isya ye. Abang jangan cemburu tau. Isya harap, kita dapat berjumpa dan bercinta lagi di syurga. Doa Abang, Isya harapkan. Selamat tinggal suami tercintaku. Simpan surat ini baik-baik tau. Ini sajalah kenangan Isya untuk Abang. Jangan lupakan Isya tau. I love you, Abang. Ana uhibbukum abadan abada..
Isteri tercintamu,
Farisya Khumaera…
Menitis air mata Khairul Faris membaca warkah terakhir daripada isteri tercintanya itu. Dia memejamkan matanya sambil menangis dan berkata di dalam hati,
Isya!! Abang cintakan Isya!! Abang sayangkan Isya!! Abadan abada!! Abang akan tunaikan permintaan Isya. Abang akan kahwin dengan calon pilihan Isya. Abang akan kahwin dengan Balqis untuk Isya. Abang redhakan pemergian Isya. Sayang, walaupun Sayang dah tak ada, Abang tetap simpan Sayang dalam hati Abang. Abang akan doakan kebahagiaan Sayang di sana. Walaupun Balqis cinta pertama Abang, tapi, Sayang adalah cinta terakhir Abang. Abang takkan lupakan Sayang. Isya, semoga berbahagia Sayangku. Aku mencintaimu kerana ILAHI. Ya ALLAH, peliharalah isteriku dalam jagaanMu. Semoga aku dapat bertemu lagi denganmu, Sayang, di syurga hakiki nanti, insyaALLAH. Amin..

********* TAMAT **********                                        

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi