Tuesday, 17 December 2013

Tempahan Lukisan Karikatur Digital Oleh Ayin

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur kepada illahi kerana nabila masih bernyawa ag pada hari ini
Alhamdulillah bersyukur sangat3
semoga kita dapat perbanyakkan amalan kepada Allah s.w.t
Hari ini adalah hari nabila nak buat blog review ataupun promote 
dah lama tak buat blog review kan
hari ini nabila nak promote and review satu blog 
Korang tahu tak apa tu lukisan karikatur?
kalau tak tahu meh nabila terangkan sedikit 
Karikatur adalah suatu hasil karya lukisan yang menunjukkan ciri-ciri lukisan wajah objek yang di lebih-lebihkan dari rupa asal objek. Bertujuan untuk menghiburkan pemilik wajah.

         dah faham kan ?harap korang faham ..kalau tak dpt bayangkan macam mana lukisan tu
ini dia ..macam gambar di bawah


kalau korang  mahukan wajah korang diadaptasi menjadi karikatur dan kartun? Apa tunggu lagi,  boleh la buat tempahlah sekarang. Cukup mudah, korang hanya perlu melabur sedikit sahaja. Ianya juga berbaloi, apa tunggu lagi? Tempahlah sekarang. Sebut harga adalah seperti di bawah:


KARIKATUR HITAM & PUTIH
 

KARIKATUR BERWARNA
 

Solo: RM30 (Berwarna) RM15 (Tidak Berwarna)
Berpasangan: RM50 (Berwarna) RM25 (Tidak Berwarna)
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan segera. Tempahlah sekarang! 
Tempahan boleh dilakukan melalui:
- No Telefon: 0195036958

              untuk info lebih lanjut ataupun untuk mengetahui pelukis karikatur
                yang lain , boleh la ke blog karikatur ini :-
                     http://design-impian.blogspot.com/p/artist.html



  


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Saturday, 30 November 2013

Tutorial Buat Gambar Bergerak By pHoTOsCape

ASsalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah dapat jugak updated blog
alhamdulillah sebab demam semakin sembuh but selsema ade ag
berdoa agar sembuh tak lama lagi
Sebenarnya kalau tgk tajuk mesti korang pelik kan
jarang korang tgk nabila updated sal tutorial ney kan
ini adalah request from kawan nabila iaitu cik MarDeeya
Tutorial ini khas buat dye dan korang semua

Tutorial buat gambar bergerak by photoscape

1.Firstly korang mesti la ada software Photoscape

2.Bile dah bukak software Photoscape pastikan klik pada editer
untuk mengedit gambar yang korang nak edit


3.korang still dekat editer .edit banyak3 supaya gambar yang nak jadikan "Gambar Bergerak" itu berbeza barulah nampak pergerakannya nanti bila dah selesai..


*edit banyak2 macam dalam gambar ini

4.bila dah siap edit gambar korang tu ..korang klik dekat menu bar dekat photoscape tu korang tekan animated Gif

5.dah tekan Animated gif ,perasan tak ada kotak tepi nampak gambar2 banyak2 tu just tarik gambar yang korang edit td sampai la abis gambar korang nak yea


6.Korang bleh adjust time yang korang nak then effect yang korang suka

7.save animated anda then siap

inilah hasilnya


Done Tutorial ..mudah kan?
apa lagi jum cuba
selamat mencuba and Gudluck yea

Pesanan:
Animated ini hanya boleh lihat bergerak di animated gif di photoscape
and blog
di tempat lain tak boleh ..harap Maklum

Sebarang pertanyaan boleh comment di entry ini  :)








Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Saturday, 16 November 2013

Zikir dan Qasidah

Assalamualaikum w.b.t
Ahlan wasahlan Ya muslimin dan muslimat
Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas
umurku turut makin hari makin meningkat 
Amalan ku ?
entah la kadang2 berkurang kadang2 bertambah ..
Adakah perlu hidup dengan dosa?
adakah perlu teruskan amalan kebaikan ?
 Teruslah amalan yang baik selagi kamu masih hidup
Serangkap dua rangkap ayat pasrah kat atas tu ..
hehe..Abaikan ...
macam tak kena jea dengan tajuk 
Harini nabila nak share kat kawan2 semua tentang zikir dan qasidah
zikir?qasidah?
sama ke tidak dua2nya
Ada perbezaanya?


Zikir? ..Kalau sebut pasal zikir nabila bleh agak dah yang korang semua tahu tentang Zikir ..

ZIKIR dari segi istilah digunakan dengan makna mengingati Allah SWT, samada dengan menyebut zatNya atau sifatNya atau perbuatanNya atau hukumNya atau dengan membaca kitabNya atau dengan memohon dan berdoa kepadaNya atau dengan memujiNya dengan segala jenis puji-pujian. 
(Mausu'ah Feqhiah Kuwaitiah: 22/221)



Qasidah?Apa itu qasidah?
Mesti ramai yang tak tahu berkenaan Qasidah
ok meh sini nabila terangkan 

Qasidah adalah puisi berbentuk luahan hati rindu atau ucapan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair. Qasidah Burdah adalah antara qasidah yang termasyhur di dunia dan sentiasa menjadi hiasan bibir sebagai ingatan kepada Rasullulah SAW. Di sebalik bait-bait ayat qasidah ini dan juga kemerduaannya dilagukan. 

Qasidah kebanyakannya dikarang oleh Auliya'2 Allah yang mana mereka mendapat Ilham daripada Allah ketika sedang mengarang Qasidah tersebut..Oleh kerana itu Qasidah2 dapat menusuk Qalbu kepada sesiapa yang melagukan atau mendegar Qasidah..

Antara Bait2 Qasidah:-

✿ܓ Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku..
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)..
Engkaulah sebenar-benarnya pemberi peringatan pada masa mu..

Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran..
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang



Dah paham?itu la beza antara Qasidah dan Zikir
Qasidah dan Zikir ini boleh dijadikan amalan harian
malah kedua2nya dapat menenangkan hati kita yang tengah duka dan lara
Qasidah dan Zikir Banyak kebaikannya
Salah satunya adalah mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T
Subhanallah betapa mulianya insan yang mulutnya sentiasa berqasidah dan berzikir
jadi,dikesempatan ini marilah kita sama2 memperbanyakkan zikir dan qasidah dalam diri


Apa kata lepas ini kita perbetulkan cara hidup kita
dari dulu pagi ,petang ,malam asyik mendengar lagu2 yang membolehkan diri kita hanyut dan lalai
apakata  kita ubah , kita dengar pulak zikir dan qasidah
kan lebih elok ..betul tak?
itulah amalan yang terpuji
Sama2lah kita bermuhasabah diri dan renunglah sebentar 


Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t
dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri
kata-kata penerang hati:-
Cinta kepada Rasuluallah adalah tanda iman kita
Cinta kepada Allah adalah lahirnya dari kecintaan kita pada Rasuluallah s.a.w
-Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal -




Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday, 4 November 2013

Betapa Besarnya Pengorbanan Seorang Insan Bergelar "IBU"

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sekarang kita sudah masuk tahun baru islam
Salam Maal Hijrah 1435 
semoga dengan tahun baru ini kita dapat berazam 
untuk memperbanyakkan amalan kepada ALLAH S.W.T
insyaallah..


hari ini aq nak share satu story yang mybe bleh jadi renungan dan pengajaran untuk kita semua
okey sejak cuti sem nie aq dah pun ade keje iaitu part time menjaga anak sedara yang comel..hehe
alhamdulilah bersyukur kerana Allah kurniakan anak sedara ..hehe
okey abaikan cerita tu ..sekarang aq nak share pengalaman menjaga baby ney..hehe
aq tengok sejak 2 menjak ney anak sedara aq ney meragam jea..
bila siang dye tido malam dye meragam smpai kadang2 aq tgk akak aq terpksa bgun kul 2-3 pagi untuk memberi susu kpd anaknya..kadang2 akak aq sampai tak cukup tido.. 
bile aq tengok akak aq sampai tak cukup tido
aq tibe2 terfikir dan termenung sekejab
Subhanallah macam ney la mak aq jage aq time aq baby 
mak aq sggp bgun walaupun dye rase mengantok semata-mata tak nak anak dye menangis kelaparan
dye sggp dodoikan anak dye tido tiap2 malam sampai kadang2 tu tangan dye lenguh
Subhanallah kawan2
cuba kita renung seketika
kita sekarang sibuk duduk kejar jodoh dan cinta
tapi kita jarang fikir perngorbanan  seorang ibu
kadang2 mak kita sanggup biarkan diri dye penat semata-mata nak lihat anaknya gembira
dye tak pernah kisah susah dye jnji anak-anak dye tak susah dan hidup dengan senang
kadang2 dye sanggup melayan ragam anak-anaknya walaupun ade kala dye tidak dapat menahan marahnya sampai dye sggup pukul anaknya tapi walaupun dye pukul anaknya lepas itu mesti dye jugak yang ubatkan anaknya..Ya allah mulianya jasa seorang ibu
Kawan-kawan,
jangan disebabkan kita terlampau fikirkan jodoh dan cinta
sampai kita lupa nak balas cinta dan pergorbanan ibu dan juga bapa
Bila aq fikirkan pasal ini terasa sebak 
kadang2 terfikir aq  juga banyak menyusahkan mak aq
bila aq takde duit aq mesti minta mak tak pun ayah ..
tapi diorang tak pernah mengeluh pun cuma kadang2 diorg ade la cakap diorg kekurangan duit
kadang2 aq paham ..kadang2 bile terdesak ade jugak aq merungut 
tapi aq rase semua tu salah aq yang suke membazir
kawan-kawan,
berdasakan pengalaman aq ney
aq harap korang sanjungi dan hargai la jasa ibu dan juga ayah
jangan disebabkan seorang kekasih yang entah nanti suami kita atau tak
kita sanggup sayang dye lebih dari ibu bapa kita
sampaikan kita lupa jasa mereka terdahulu
jangan sesekali jadi insan macam itu
jikalau kita ingin menjadi anak yang soleh dan solehah maka berjasalah pda ibu bapa
kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu dan bapa
kadang2 orang salah anggp bila nak balas jasa mak n ayah
bila kali besday mereka kita kena beli hadiah untuk mereka
sebenarnya benda itu tak penting bagi mereka
apa yang mereka nak adalah 
hadiah sebuah  kejayaan kita
mereka akan tersenyum bila tahu anak mereka berjaya
terutama berjaya didunia dan akhirat
yang mana sudah tidak mempunyai ibu korang jangan bersedih kalau korang tak sempat nak berjasa kepadanya tapi korang boleh bagi hadiah kepada mereka 
korang kenalah banyak sedekahkan doa kepada mereka dan jangan sesekali putus asa dengan diri kita perbanyakkan ibadat dan sentiasalah fikir setiap kali nak buat jahat ingat mak dan ayah 
insyallah niat kita tu tak jadi 
banyak2 la buat kebaikkan agar kita juga dapat membantu ibu bapa kita supaya masuk syurga
ingat kaum hawa terutamanya,keluarnya kita dari rumah tanpa menutup aurat maka selangkah kita mengheret ayah kita ke neraka
ingat tu ..sama2 la kita berubah yea
nobody perfect dalam dunia so same2 la kita cuba berubah sedikt demi sedikit
kita tahu hijrah untuk kebaikan memang pedih tapi yang pedih itulah yang mendorong kita kepada kebaikan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t


berubahlah sikap kita wahai kawan2 ambillah pengajaran dari kisah yang aq share ney..semoga kita dapat sama2 berhijrah berubah untuk menjadi anak yang berguna.sama2 lah kita bermuhasabah diri..renunglah sekejap dan cermin lah diri kita tanya pada diri kita selama aq membesar ade tak aq balas jasa ibu bapa aq..lau takde cuba2 la sikit untuk balas jasa mereka.. Hargai la jasa mereka dan balas la jasa mereka sebelum mereka pergi tinggalkan kita buat selama-lamanya
ingat kata-kata ney;-
"Jangan biar ibumu menangis kerana kegagalanmu Tapi biarlah ibumu menangis kerana kejayaanmu"
renung2kan lah dan selamat beramal
Salam Maal Hijrah

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Wednesday, 30 October 2013

Masihkah Sempat Untuk Berubah ?



Assalamualaikum w.b.t
Masyallah lama betul nabila tak update blog .
.Alhamdulillah sekarang nabila dah bebas dari satu beban iaitu berakhirnya final exam nabila untuk sem kali ney ..berharap dapat memperolehi result yang terbaik..aminn
Okey berbalik pada tajuk untuk nabila share kat korang arinie
"Masihkah Sempat untuk berubah?"


Masihkah sempat untuk berubah?
berubah?
berubah untuk apa?
okey berdasakan situasi peredaran zaman nabila tgk banyak betul maksiat berlaku
Masyallah kadang2 tu berlaku depan khalayak ramai jea..
Adakah kita tiada perasaan malu?
okey fikir2kan balik
kenapa nabila cakap masihkah sempat untuk berubah?
kalau korang rasa korang banyak buat perkara yang tak betul then korang rase korang nak berubah
sebenarnya masih sempat korang nak berubah 
Allah itu maha pengampun,insyallah Allah akan ampunkan dosa hambanya
Nobody perfect dalam dunia ini
semua ada kesilapan
cuma satu kesilapan kita kadang2 sesetengah orang bila dye tengok kawannya berubah ke jalan kebaikan 
dye turut ikuti jejak kawannya ..itu betul tapi yang tak betul
kita ini berubah kerana manusia
Ingat kawan2 kalau kita berubah bukan kerana ALLAH kadang2 perubahan itu takkan kekal lama
kenapa?
sekarang kan dunia orang bercouple..normal kan itu mmg lumrah manusia inginkn pasangan hidup
tapi ada sesetengah orang bila pakwenya suruh berubah 
maka disebabkan cinta dan sayang yang teramat kepada pakwenya itu maka dye berubah
tapi hakikatnya perubahannya tak lama apabila dye ptus cinta dengan kekasihnya itu maka perubahannya itu tak kekal, kadang2 tu lebih teruk dari perangainya yang dulu akibat kecewa..
Masyallah apakah kita sedar kawan2 itu semua tak betul.
Jadi nabila nasihatkan agar kawan2 brubah lah ke jalan ALLAH
dan
berubahlah dan niat kerana ALLAH
semoga Allah sentiasa berkati hidup kita
Nabila tahu memang berat untuk berubah kadang2 bila kita dikelilingi dengan orang yang alim dan warak
kadang2 kita terfikir kita nak jugak jadi macam diorang semua
tapi apakan daya kita rasa macam belum bersedia
okey ..mmg selalu macam tu
tapi jangan sesekali apabila kawan or sape2 la tanye kita bila nak berubah
kita jawab "Hidayah tak sampai lagi"
jangan sesekali kata begitu, hidayah Allah itu sentiasa ada cuma itu berpandukan diri kita
kenapa nabila cakap hidayah Allah sentiasa ada
sebenarnya dekat tv kadang2 ada forum perdana,ceramah ,dekt sekolah ada kwan yang alim dan warak itu semua hidayah Allah
apabila kita berhadapan dengan situasi begitu takkan tak pernah terdetik dalam diri kita
"Suatu hari nanti aku pun nak jadi mcam diorg"
Hidayah Allah sentiasa ada dimana2 je cuma sekarang hanya kita sahaja yang tentukan sama ada nak ikut atau pun tak?

okey fikir2kanlah wahai sahabat
masihkan terlambat untuk berubah?
tidak ..semoga Allah panjangkan umur kita agar kita dapat beriman kepadaNya
Berubahlah Kerana Allah
Berubahlah ke jalan Allah sebelum terlambat
Fikir2kan lah dan Selamat beramal 





                                                                    Nukilan;
                                                                                    Nabilah Mansor



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Friday, 4 October 2013

Indahnya Cinta Kepada ALLAH s.w.t


Assalamualaikum..
Subhanallah lama sudah sy tak updated blog ..sejak belajar ney blog sy sudah diabaikan ..
okey lupakan sebab2 itu maklum la sekarang pulak nak dekat final exam lagi la bertambah busy sy ..mmg blog ney takkan tersentuh la jawapnya ..hehe

Cinta?
Bila sebut pasal cinta kebanyakkan orang akan fikir cinta pada manusia
tetapi adakah mereka terfikir cinta tu banyak kategorinya..
Cinta kepada illahi,Rasuluallah,Nabi,al-quran,ibubapa,kawan2 dan sebagainya.
Jangan kita terlalu sempit memikirkan soal cinta ini..
jangan ingt cinta ini hanya untuk manusia

Untuk Pengetahuan kamu semua cinta yang paling mulia dan perlu kita utamakan ialah cinta kepada Allah,
Allah yang menciptakkan kita ,maka kita berterima kasih kepadanya
Tetapi manusia zaman kini susah kita nak lihat yang betul2 cinta dan syg pada ALLAH s.w.t
Masyallah kebanyakkan mereka lebih banyak cinta kepada manusia
kebanyakkan mereka banyak fikirkan cinta antara perempuan dan lelaki
couple2 ..Masyallah .. itu semua membawa kepada fitnah dan dosa
Sebelum kita nak mengenali Kekasih kita untuk dijadikan suami/isteri maka lihatlah akhlaknya..Tetapi sebelum tu kita kena lihat dye lebihkn cinta kepada kamu atau ALLAH,Jikalau cintanya terhadap ALLAH lebih dari cintanya kepada kamu maka dialah calon terbaik untukmu..

Kamu semua ingin tahu bahawa cinta yang patut kita utamakan sebelum cinta kepada manusia ialah cinta kepada Allah ..Alangkah indah jika hidup kita sentiasa diberkati ALLAH ..


 Cinta kepada Allah  itu indah, bahkan itulah keindahan yang paling diinginkan oleh hati dan jiwa manusia. Lebih dari itu, hati manusia tidak mungkin merasa bahagia, tenang dan damai jika hati itu tidak mengenal, mencintai dan menghambakan diri kepada Allah  semata.
Imam Ibnul Qayyim berkata: “Tidak ada kebahagiaan, kelezatan, kenikmatan, dan kebaikan bagi hati manusia kecuali (setelah) dia menjadikan Allah (sebagai) sembahannya satu-satunya, puncak dari tujuannya dan Zat yang paling dicintainya melebihi segala sesuatu (yang ada di dunia ini)”.
Allah  menggambarkan agungnya keindahan ini yang menghiasi hati hamba-hamba-Nya yang beriman dengan iman yang sempurna, yaitu para Shahabat , Dia  berfirman:
{وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْأِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ}
“Tetapi Allah menjadikan kamu sekalian (wahai para sahabat) cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah (seperti perhiasan) dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan perbuatan maksiat. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus” (QS al-Hujuraat:7).

Masyallah kawan2 bahawa mulianya kita apabila kita mencintai Pencipta kita ALLAH s.w.t..Kawan2 jika kita ingin berubah ,ingin melakukan kebaikan ingatlah bahawa ALLAH sentiasa membantu kita..Ingatlah kawan2 bahawa Cinta kepada manusia tidak kekal lama Tetapi Cinta kepada ALLAH kekal abadi hingga ke akhirat..
Fikir2kanlah dan Renung2kanlah dan selamat Beramal..Muhasabah diri .. #PerkongsianBersama #Without Allah i'm Nothing




Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Friday, 16 August 2013

10 Fakta Tragedis Mesir Berdarah

Assalamualaikum..
ahlan wa sah lan ya Akhi ya Ukhti ..
blog sudah lama tidak tersentuh untuk menaip .. harini sy ingin berkongsi tentang
saudara seislam kite di mesir yang sekarang sedang bergolak .. masyallah
hanya Allah sahaja yang tahu perit dan deritanya diri mereka disana
di bom,di tembak di bunuh dengan begitu kejam .. Allahuakhbar ..
Oleh itu hari ini sy nak kongsi kepada
 10 fakta Tragedis Mesir Berdarah


10 Fakta:-



1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM
                       same2lah kita mendoakan agar saudara seislam kita di mesir selamat
pRay FoR mESIR
iSLAM dItEGAKKAN
ALLAHUAKHBAR!!!



sumber :Facebook Update mengenai mesir dan Morsi

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Sunday, 21 July 2013

Famous atau Derita Akhirat


Assalamualaikum wbt..
sudah sekian lama saya tak menaip dan menulis kat blog sy yang sudah terabai
Pejam celik pejam celik tak sangka kita dah pun berpuasa sudah seminngu lebih dah hampir 2minggu ..
masyallah bersyukur cgt sbb ALLAH bagi sy hidup ag di muka buminya
bersyukur sangat sbb dapat melihat keindahan dan kekuasaannya..
Masyallah .. Alhamdulilah thankz you Allah
Alang2 dah lama tak menaip kat diary online ney ..
sy nak berkongsi sikit kata2 supaya kita dpat sama2 bermuhasabah diri dibulan mulia ini

Famous atau Derita Akhirat?
tajuk dye macam pedas pulak kan .. 
kalau tanya orang kat dunia sekarang ney tnya diowg nak famous or tak?
comfirm 99% akan jawab yea.. tipu la lau tak nak terkenal
ramai dikhalayak kita lebih mahukan dirinya terkenal dan bleh menjadi bualan org masuk tv,insta,tweet dan sebagainyalah kan .. tapi Kita sering lupa yang famous tu sbnrnye tak pntg pun kat dunia ney
terutama terkenal semata-mata jadi miss world la 
tak kisah kalau kita terkenal kalau menjadi qariah ,qari or ustaz or ustazah
tapi lau setakat jadi terkenal semta2 bnde tak septtnye fikir 2 3 kali wahai kawan2

excpecially wanita 
wahai kaum hawa sesungguhnya kita ini kaum yang mudah terjerumus ke neraka
jagalah pemakaian kita ,adab kita ,tingkah laku
jadilah wanita yang dapat membawa diri kita ke syurga bukan bawa ke neraka
remember that!!

renung-renungkan seketika :-

Orang Islam terutamanya wanita tidak perlu terhegeh-hegeh masuk pertandingan ratu cantik, miss world, contest suruh orang like gambar sendiri then menang hadiah, contest siapa paling cantik, tudung paling stailista dan hijabista gadis semasa, vlogger tutorial tudung paling top, blogger paling meletop fesyennya dan sepertinya.

Sepatutnya berlumba-lumba masuk contest Miss Jannah (Syurga). Tu lagi World. Dunia wal Akhirah tu. Berkejaran menjadi wanita paling tinggi al-Haya'(malu)nya. Terhegeh-hegeh nak jadi solehah. Terhegeh-hegeh nak sorok dirinya dari jadi bahan publisiti dunia sebab nak dipublisitikan di akhirat oleh Allah sendiri.

Hidup ini kan pertandingan;
Pertandingan siapa paling berjaya selamatkan keluarganya dari api neraka.
Pertandingan siapa yang lulus masuk ke Syurga.



Masyallah ingat itu wahai kawan2.. sesungguhnya kita tak perlu berebut-rebut untuk kejar hal duniawi tapi berebut la untuk kejar hal akhirat sesungguhnya kita semua ini hamba allah yang mudah lupa dan selalu melakukan kesilapan ..

nota kaki : kalau rase nak share share je la yea
dari hamba Allah yang hina
Nabila Mansor





Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Thursday, 27 June 2013

Kelebihan Ayat Seribu Dinar



Assalamualaikum w.b.t
Dah lama agaknya nabila tak updated blog ney
bila dah mula sem baru mula la kehidupan baru dirumah sewa
kenalah berdikari ,kena pndai berjimat cermat tapi bukan itu yang nabila nak kongsikn kepada kamu semua tetapi hari ini nabila nak share tentang kalam ALLAH ..
nabila nak share tentang kelebihan ayat seribu dinar ..

  Ayat Seribu Dinar

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Sejarah Dinamakan 1000 Dinar

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎


Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
Sama2lah kita amalkan surah ini sesungguhnya banyak kelebihannya..
Renung2kanlah dan Selamat Beramal

aminnn

.


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday, 10 June 2013

kisah Mulianya Hati Seorang Doktor




Assalamualikum.w.b.t
wahai ya muslimin dan muslimat
terima kasih kerana sudi membaca entry saya
hari ini saya nak berkongsi sebuah cerita yang boleh kita jadikan teladan dalam hidup kita dibumi Allah yang sementara ini ..
Kisah ini merupakan kisah Mulianya  Hati Seorang Doktor

Sebuah kisah untuk pengajaran bersama .


Seorang doktor bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi atas urusan perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

jawapan jururawat tu bikin Bapa budak tu tiba2 tergamam.



Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ….
Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri..
Di golongan manakah kita berada? tepuk dada tanya iman.

Masyaallah sungguh Mulianya hati doktor ini .. Walaupun anaknya baru sahaja pergi meninggalkannya dan belum dikebumikan tapi dia sempat membantu selamatkan nyawa orang lain .. Masyaallah mulia betulkan .? wahai kawan2 adakah anda di kalangan sebegini? Cermin diri kita balik fikir dan terus Fikir mane yang buruk dan mane yang baik .. Jadikan kisah ini sebgai teladan hidup kita . Sesungguhnya sabar itu separuh daripada Iman .. Allah sentiasa akan bantu kita kalau kita seorang yang sabar dan sentiasa berbudi baik kepada orang .. Renung2kan lah diri kita .. dan Selamat beramal .. 







Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Thursday, 6 June 2013

Pengajaran yang dapat diambil dalam Peristiwa Israk & Mikraj


Assalamualaikum sekali lagi ..
lama nabila tak menjenguk blog .. maafkan nabila .. buat masa ney nabila busy cikit
so kepada kawan2 blogger nabila yang follow nabila tp nabila tak follow korang tie nabila free
 nabila follow korang balik yea
Hari ini nabila nak cerita kat kamu semua tentang peristiwa israk & mikraj

Apa itu israk & mikraj?

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

02. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.


Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.


Dalam Peristiwa Israk & Mikraj Banyak kejadian yang Rasuluallah lihat dan  boleh kita jadikan teladan .Antaranya:-

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

01. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Sumber : I love Islam Page

Daripada Peristiwa yang berlaku dalam Israk & Mikraj .Banyak pengajaran yang kita boleh jadikan sebagai teladan hidup .

1 .Kita jangan sesekali berat untuk menunaikan solat fardhu 
2. Wajiblah kita menunaikan rukun islam
3. Janganlah kita berzina
4. Janganlah kita memakan Riba
5. Janganlah kita memfitnah dan tidak menunaikan amanah
6. Janganlah kita takabbur dan riak

Oleh itu ,sama-sama lah kita sebagai umat islam jauhilah perkara tersebut sesungguhnya Allah itu maha besar ..Allah akan ampunkan dosa umatnya sekiranya umatnya bertaubat ..jadi nabila sarankan kepada kamu semua banyakanlah berjihad ke jalan Allah dan jangan sesekali meninggalkan suruhannya .. Azab di akhirat sunggunlah dashyat .. Masyallah .. ini hanya perkongsian kepada kamu semua .

 Salam Israk & Mikraj
27 Rejab 1434 hijrah







Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi