Thursday, 22 May 2014

Liebster Award

Assalamualaikum semua .. Tibe-tibe updated blog hari ini.
sebab ape yea?
sebab ade orang tag kat nabila pasal Liebster Award.
urmm ..Liebster Award?
ape tu? 
 acctually nabila pun tak tahu ape kah award ney .
 yang Nabila tau kena jawab soalan dari blogger lain yang tag kita then cipta 11 soalan dan tag kepada blogger lain... thankz to Cik Mar sbb tag kat saya ..
Bunyi macam menarik kan .. 
okey so let me answer the question yang telah di tag.

1-  5 words describe me

Kecik .Why kecik?
sebab nabila memang berbadan kecik walaupun dah 20 tahun.hehe
Look like budak sekolah lagi ..sad :(


2-  Hadiah yang anda idam-idamkan

Hadiah yang paling di idamkan adalah Iphone 6.
Nabila memang tertarik dengan Iphone tapi malangnya belum dapat memilikinya lagi.
Hope akan dapat nanti ..Amin :)


3- Suka pet apa dan kenapa?

Actually, nabila suka arnab ..sebab apa? sebab arnab memang comel  terutama yang bulu tebal-tebal.

4- Ciri-ciri blog yang anda suka.

Blog yang nabila suka adalah blog yang kreatif,blog yang simple but post dye yang menarik ,
blog yang bnyk share tip or tutorial ,blog yang suka share cerita islamik  and mostly nabila suka blog abg Ben dan blog kak Dena Bahrin ..Blog yang simple tp entry best and tip-top.

5-Pemakai tudung jenis apa? atau pemakai shawl? sebab?

Nabila hanya minat memakai tudung bawal ..Shawl ? minat tapi jarang pakai .Why nabila minat tudung bawal? urmm Actually tudung bawal dah lama ada dari dulu lagi, so sejak kecik lagi nabila dah biasa pakai tudung bawal sebab tudung bawal nampak simple dan senang nak pkai,tak perlu nak lilit macam shawl.

6- Suka membaca? baca apa dan kenapa?

Dulu nabila mmg tak minat membaca. Asal baca je mesti tertido but now bila dah masuk study dekat IPTA semuanya dah berubah ..ok minat sangat baca ..buku apa? buku yang mengenai hal-hal wanita di dalam islam .. kenapa? nabila bukan la insan yang perfect so banyak lagi perkara nabila perlu tahu untuk hijrah ke jalan Allah jadi dengan membaca la nabila dapat mengetahui pasal fatwa wanita dalam islam .

7- lagu kegemaran anda?

Kalau cerita bab lagu ney ..mmg tak dapat nak beritahu mana lagu kegemaran, sebab apa? sebab semua lagu nabila layan . Lagu korea,bi ,melayu and nasyid nabila layan ..so bila difikirkan balik la lagu yang nabila asyik ulang adalah lagu Raqib Majid ft UNIC - Bintang Syurga . The best la lagu ney.

8- ada orang sebarkan cerita buruk tentang anda.tindakan anda?

Bagi nabila , nabila malas nak hiraukan kalau orang yang suka undang fitnah . apa yang nabila hanya akan buat tadah tangan dan berdoa kepada Allah supaya Allah buka hati orang yang buat fitnah tu bertaubat dan memohon ampun kepada nabila .Yang penting nabila harap dia akan berubah.

9- Kalau diberi peluang,teringin nak belajar bahasa asing apa? sebab?

Kalau di beri peluang belajar bahasa apa? urmm nabila nak belajar bahasa arab dengan lebih mendalam walaupun dah pernah belajar waktu form 1-form 3 but rasanya terlalu singkat masa tu.Jadi ,kalau diberi peluang nabila nak belajar lebih mendalam bahasa arab, kerana apa?
kerana Bahasa Arab adalah Bahasa Syurga.

10-Lipas dan cicak , mana yang lagi menggelikan?

Dua-dua nabila geli tapi yang paling -paling geli cicak la sebab badan dia lembik.

11- Destinasi impian anda?

Destinasi impian nabila adalah Turki,Madinah dan Mekah .
Ketiga-tiga tempat tu memang impian nabila .Kalau boleh la nabila harap dapat jejak bumi Turki,bumi Mekah ,Madinah sebelum nabila pejam mata buat selama-lamanya.
InshaaAllah ..Amin..Doakan yea.

Done answer 11 question . 
fuhh penat menaip .. hehe
Banyak jugak yea soalan jadi ini pula masa nabila untuk tanya kat korang 11 soalan
11 soalan tu ialah :
1- Apa nama gelaran anda? kenapa di beri gelaran tersebut?
2- Anda minta korea? kalau minat listkan 2 favourite artis korea anda minat.
3- Apakah impian anda yang anda ingin capai?
4-Destinasi mana yang anda mahu bawa ibu bapa anda pergi?
5- Kalau diberi peluang untuk jadi cikgu ,subjek apa yang anda mahu ajar dan kenapa?
6-  2 pendapat mengenai blog nabila.
7-  Listkan 4 Rancangan Tv pilihan anda.
8- Kenangan apa yang anda tak dapat lupakan?
9-  5 ciri-ciri untuk kenali diri anda?
10- Rumah impian anda?kenapa?
11- Kalau di beri peluang untuk kahwin muda ,anda mahu tak?sebab?
11 orang yang nabila nak tag :-
Izzati Amira
Cik Hafizah 
Dhila 
 Mazni
Nia
Aznur
Cik Lyeen
ieka
Dayang Deno
Husna
Anis
Selamat menjawab .. Maaf la kalau soalan nabila tu macam merepek  je ..hihi and thankz to cik mar sebab bagi soalan kat nabila .maaf la kalau jawapan nabila tu merepek atau ada menguris hati orang lain .Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesalahan nabila sendiri.
Selamat menjawab kepada yang di tag .

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

2 comments:

Lyeen De Syifa said...

wah....terbaik..insyaallah nanti kite join :D
tq yer tag kite :D

aznur elya said...

Dh jawab soalan2 yg ditanya.. :)

http://aznurelya.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-nabila.html