Saturday 22 November 2014

Review buku : Catatan Mat Lutfi






Assalamualaikum semua,
rasanya sudah berbulan - bulan tidak berblogging , nak kata busy tidak pun nak kata ada masa free ada la jugak cuma dunia berblogging ney sebenarnya memerlukan idea untuk menaip sesuatu entry yang boleh menjadi tarikan pembaca . That why la lama tak updated sebabnya idea tak de.. hehe

Panjang berbenor muqadimah . okey hari ini tetibe rajin nak review buku.*walaupun buku ulat buku
Buku yang mmg ramai nak beli , mana taknye buku vlogger terkenal .
Mat Lutfi, sapa tak kenal Mat Lutfi .
seorang Vlogger terkenal dan setiap video yang dihasilkan penuh dengan motivasi.
Videonya menjadi tarikan kerana mukanya yang ensem *maybe la , kerana ada kelakar , drama yang best dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat bukan setakat gelak then motif video  takde ape yang dapat . That why mat lutfi dah banyak menang Anugerah Shout Award .

Catatan Mat Lutfi merupakan buku pertama yang dihasilkan oleh Mat Lutfi dan merupakan buku keluaran kedua Puteh Press.

Sedikit perkongsian Sinopsis buku ini :-


=============================================================
Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.
Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri. 
====================
ISBN: 978-967-369-279-8
Size: 5.3 x 7.6
Muka Surat: 252
====================
SIAPA MATLUTHFI

Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.
Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.
Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."
Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.
Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.
Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
 Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
Apa tunggu lagi semua , p cepat kedai buku yang terdekat untuk dapatkan buku ini. Comfirm tak rugi beli . Ramai yang memberi respon buku ini mmg terbaik . Jom P beli.

*** Jangan lupa klik like page Delishaconcept dan Klik gmbar bergerak delishaconcept & follow insta delishaconcept.. TQ :)

layan video Mat Lutfi ( Serta Paksa)



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

1 comment:

LuvHaryani said...

bestnya dah dapatkan buku MatLutfi. Ani in sha Allah bakal dapatkan :D