Monday, 4 November 2013

Betapa Besarnya Pengorbanan Seorang Insan Bergelar "IBU"

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sekarang kita sudah masuk tahun baru islam
Salam Maal Hijrah 1435 
semoga dengan tahun baru ini kita dapat berazam 
untuk memperbanyakkan amalan kepada ALLAH S.W.T
insyaallah..


hari ini aq nak share satu story yang mybe bleh jadi renungan dan pengajaran untuk kita semua
okey sejak cuti sem nie aq dah pun ade keje iaitu part time menjaga anak sedara yang comel..hehe
alhamdulilah bersyukur kerana Allah kurniakan anak sedara ..hehe
okey abaikan cerita tu ..sekarang aq nak share pengalaman menjaga baby ney..hehe
aq tengok sejak 2 menjak ney anak sedara aq ney meragam jea..
bila siang dye tido malam dye meragam smpai kadang2 aq tgk akak aq terpksa bgun kul 2-3 pagi untuk memberi susu kpd anaknya..kadang2 akak aq sampai tak cukup tido.. 
bile aq tengok akak aq sampai tak cukup tido
aq tibe2 terfikir dan termenung sekejab
Subhanallah macam ney la mak aq jage aq time aq baby 
mak aq sggp bgun walaupun dye rase mengantok semata-mata tak nak anak dye menangis kelaparan
dye sggp dodoikan anak dye tido tiap2 malam sampai kadang2 tu tangan dye lenguh
Subhanallah kawan2
cuba kita renung seketika
kita sekarang sibuk duduk kejar jodoh dan cinta
tapi kita jarang fikir perngorbanan  seorang ibu
kadang2 mak kita sanggup biarkan diri dye penat semata-mata nak lihat anaknya gembira
dye tak pernah kisah susah dye jnji anak-anak dye tak susah dan hidup dengan senang
kadang2 dye sanggup melayan ragam anak-anaknya walaupun ade kala dye tidak dapat menahan marahnya sampai dye sggup pukul anaknya tapi walaupun dye pukul anaknya lepas itu mesti dye jugak yang ubatkan anaknya..Ya allah mulianya jasa seorang ibu
Kawan-kawan,
jangan disebabkan kita terlampau fikirkan jodoh dan cinta
sampai kita lupa nak balas cinta dan pergorbanan ibu dan juga bapa
Bila aq fikirkan pasal ini terasa sebak 
kadang2 terfikir aq  juga banyak menyusahkan mak aq
bila aq takde duit aq mesti minta mak tak pun ayah ..
tapi diorang tak pernah mengeluh pun cuma kadang2 diorg ade la cakap diorg kekurangan duit
kadang2 aq paham ..kadang2 bile terdesak ade jugak aq merungut 
tapi aq rase semua tu salah aq yang suke membazir
kawan-kawan,
berdasakan pengalaman aq ney
aq harap korang sanjungi dan hargai la jasa ibu dan juga ayah
jangan disebabkan seorang kekasih yang entah nanti suami kita atau tak
kita sanggup sayang dye lebih dari ibu bapa kita
sampaikan kita lupa jasa mereka terdahulu
jangan sesekali jadi insan macam itu
jikalau kita ingin menjadi anak yang soleh dan solehah maka berjasalah pda ibu bapa
kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu dan bapa
kadang2 orang salah anggp bila nak balas jasa mak n ayah
bila kali besday mereka kita kena beli hadiah untuk mereka
sebenarnya benda itu tak penting bagi mereka
apa yang mereka nak adalah 
hadiah sebuah  kejayaan kita
mereka akan tersenyum bila tahu anak mereka berjaya
terutama berjaya didunia dan akhirat
yang mana sudah tidak mempunyai ibu korang jangan bersedih kalau korang tak sempat nak berjasa kepadanya tapi korang boleh bagi hadiah kepada mereka 
korang kenalah banyak sedekahkan doa kepada mereka dan jangan sesekali putus asa dengan diri kita perbanyakkan ibadat dan sentiasalah fikir setiap kali nak buat jahat ingat mak dan ayah 
insyallah niat kita tu tak jadi 
banyak2 la buat kebaikkan agar kita juga dapat membantu ibu bapa kita supaya masuk syurga
ingat kaum hawa terutamanya,keluarnya kita dari rumah tanpa menutup aurat maka selangkah kita mengheret ayah kita ke neraka
ingat tu ..sama2 la kita berubah yea
nobody perfect dalam dunia so same2 la kita cuba berubah sedikt demi sedikit
kita tahu hijrah untuk kebaikan memang pedih tapi yang pedih itulah yang mendorong kita kepada kebaikan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t


berubahlah sikap kita wahai kawan2 ambillah pengajaran dari kisah yang aq share ney..semoga kita dapat sama2 berhijrah berubah untuk menjadi anak yang berguna.sama2 lah kita bermuhasabah diri..renunglah sekejap dan cermin lah diri kita tanya pada diri kita selama aq membesar ade tak aq balas jasa ibu bapa aq..lau takde cuba2 la sikit untuk balas jasa mereka.. Hargai la jasa mereka dan balas la jasa mereka sebelum mereka pergi tinggalkan kita buat selama-lamanya
ingat kata-kata ney;-
"Jangan biar ibumu menangis kerana kegagalanmu Tapi biarlah ibumu menangis kerana kejayaanmu"
renung2kan lah dan selamat beramal
Salam Maal Hijrah

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

7 comments:

Amirah Azman said...

SALAM MAAL HIJRAH :)
PROMOSI TUDUNG PLAIN KANGGARO..DAPATKAN SEKARANG ! HARGA SEHINGGA RM6 SEHELAI
http://eira-shamiera.blogspot.com/2013/10/promosi-akhir-tahun-tudung-bawal-plain.html

Afiqah Adzan said...

Nice sharing.. BEtullah , kita tak pernah terfikir pun tntag perngorbanan ibu dgan ayah . yg kita fikir cuma cinta dan jodoh :(

najiah shaharain said...

betul2 ..setuju.kite akan betul2 fhm keadaan ibu kite menjaga kite saat kite menjd seorng ibu t..insyaAllah.

iu-hazirah said...

jemput join

http://www.iuzira.com/2013/11/anniversary-giveaway-by-anadiera.html

http://www.iuzira.com/2013/11/easy-peasy-giveaway-by-fd-part-2.html

NUR AIN AZMAN said...

Ibubapa tiada pengganti, ibubapa terhebat. Syukur Alhamdulillah masih di beri kesempatan berkasih sayang dengan ibubapa.

atien zuraidah said...

Btul tu,walaupn kdg2 sikap ibu menyakitkan hati kita,x de yg bole berubah dia tetap ibu yg lahirkn kita