Saturday, 16 May 2015

Tarbiah Sentap




Assalamualaikum to all readers.
lama tak mengupdate blog .. last updated last year 
how i miss my blog..
i really really busy do assignment ,final projek n macam2 lagi.
pfttttt biase la hidup seorang student.

TARBIAH?
semua tahu ke apa itu tarbiah?
ade yang kata tarbiah ni seangkatan  ceramah or  motivasi.
Boleh di terima jugak .TAPI tarbiah ini sebenarnya bermaksud kebaikan .
kebaikan yang kita nak sampaikan kepada orang , itulah yang dimaksudkan dengan tarbiah.




Sekarang dah menjadi satu viral tentang buku TARBIAH SENTAP.
Ramai yang mengatakan buku ini memang buat orang sentap habis la dan buku ini jugak merupakan buku best seller. 
wajib baca!!

So pada pesta buku haritu aku pun try la beli jugak buku TARBIAH SENTAP by adnin roslan.
Finally i finish read this book.Serius sentap habis la.

Meh nak share sedikit perkongsian dalam buku ini,


 Bab Taubat.
Semua orang dalam dunia ini boleh berubah TAPI tiada seorang pun yang boleh berubah sekaligus pada satu masa. Semua orang perlukan masa untuk berubah sedikit demi sedikit.

Dalam buku tarbiah snetap ada bagi sedikit Tips cara mudah untuk kita bertaubat.

kalau kita rasa susah sangat nak berubah . Cara yang terbaik ialah :

1. Dekat  diri dengan Allah , Baca buku Agama , Dengar ceramah agama . 

Benda ni memang wajib kena buat .. Solat paling penting .. Cukupkan 5 Waktu .. InshaaAllah lama2 hati kita terbuka untuk berubah .

2. Jangan duduk berseorangan

Bila kita bersendirian , Syaitan lebih mudah nak hasut kita.
dan bila bersendirian jugak kita susah nak buat pilihan dan kadang kala terpengaruh jugak dengan ajakan Syaitan.

3. Berkawan dengan kawan yang baik

Berkawan la dengan kawan yang selalu ajak kepada kebaikan .Misalnya kawan yang selalu ajak pergi usrah,pergi masjid, ajak mengaji sama2. Kawan yang jahat tak salah berkawan tapi jangan sesekali terpengaruh dan kawan yang jahat tu kita nasihat dan dakwah kepada dye walaupun diri kita belum sempurna ..

4. Denda atau hukum diri bila buat dosa

Cara ini mungkin lebih efektif sebab apa bila kita buat dosa je kita kena hukum.
Bukan suruh orang hukum kita tapi kita yang hukum diri sendiri.
Sebagai Contoh : Hari ini Ali berniat kalau dye tengok video lucah dye kena sedekah dekat tabung masjid 50 ringgit.So bila Ali buat macam ini , dye mula berfikir nak buat ke tak nak? kalau dye buat dye kena la sedekah dekat tabung masjid. Syaitan pun was2 nak hasut kalau dye hasut ali tetap buat amal baik .Nampak tak disitu mula2 memang kita rasa beban lama2 benda tu akan lenyap sedikit demi sedikit ..Percayalah


Banyak lagi tips-tipsnya tapi setakat ini jelah yang mampu aku share untuk korang semua .
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh search Tarbiah sentap kat Google ada satu page dye dan boleh juga ke twitter tarbiah sentap untuk maklumat lebih lanjut atau lebih mudah beli je buku TARBIAH SENTAP .Comfirm tak rugi baca . Malah berguna lagi .


sedikit kata-kata dari buku TARBIAH SENTAP :
"Kadang -kadang Ummah Hari Ini perlu di beri Sentapan , 
agar mereka yang lalai dibuai mimpi,
kembali bangkit menjadi Singa ! "




Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

4 comments:

Aisyah Az said...

alahai teringin nya nak baca. sekarang ecah just baca email dari tarbiah sentap je. tak jumpa buku tu

Nabila Mansor said...

@Aisyah Az buku ney mmg susah nak jumpa dekat pasaran tapi ecah boleh beli online dekat instagram . :)

Beeha Azman said...

Saya suka juga baca buku macam ni. :)