Saturday, 13 October 2012

Anak yang Soleh & Solehah disayangi Allah

ASsalamualaikum sekali lagi .. ahlan wasahlan ya wahai bloggers semua
arinie nabila terbuka hati nak share kat korang tips untuk jadi anak yang soleh *bagi lelaki dan Solehah *bagi perempuan .. nabila just nak share shj walaupun nabila rase diri nabila tak de la sempurna sgt .. coz mmg setiap org ade melalukan kesilapan bak kata mat lutfi "normal people do a mistake "
so tak slah kite kongsi ilmu kpade kwan2 .. so korang kalau nak pahala bnyk korang buat lah insyallah dipermudahkan .. dan ALLAH juga suke pade anak yang soleh & solehah



18 Tips untuk menjadi Anak yang Soleh & Solehah

1. Sentiasa bermanis muka apabila bercakap atau memandang wajah ibu bapa kita.

2. Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu bapa dalam kerja-kerja yang mudah di rumah.

3. Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita kerjakan tanpa periu disuruh atau diarah oleh ibu bapa kita.

4. Jangan merungut atau mem-bantah di atas segala arahan atau suruhan ibu bapa kita.

5. Sentiasa mendoakan keampu-nan dan kesejahteraan untuk kedua ibu bapa kita terutama sekali selepas solat fardhu.
6. Amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.

7. Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita metakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan.

8. Mengucap salam dan memohon ampun daripada ibu bapa sebelum kita tidur malam hari.

9. Tunduk dan bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu bapa.

10. Bercakap dengan lemah lembut, tidak berkasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa.

11. Sewaktu makan, biarlah ibu bapa kita yang menjamah makanan terlebih dahulu.

12. Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak perlu ataupun yang tidak munasabah.

13. Sentiasa redha, bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian daripada ibu bapa.

14. Belajar dengan tekun dan ber-sungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadiah istimewa daripada kita untuk ibu bapa tersayang.

15. Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapa kita dalam setiap perkara walaupun kita yang bersalah.
16. Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan 'terima kasih' di atas segala pemberian dan nasihat daripada ibu bapa kita.
17. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun sikap kita.

18. Sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T dengan tidak me-ninggalkan solat kerana anak yang soleh juga merupakan anak yang taat pada perintah Allah S.W.T.



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

2 comments:

Nur Azila said...

nice sharing.. terima kasih berkongsi.. jom dtg sana.. zila ada entry menarik utk nabila.. :)

semoga kita dapat berubah jd yang lebih baik. jgn mudah putus asa utk berubah..

lagu diblog ni best.. sempat dengar lagu shahir dan siti ngn hafiz.. cite pasal siti, zila ada rahsia nk bongkar tentang zila ngn siti.. :) http://zilaviolet.blogspot.com/

Hanif Idrus said...

Info dan tips yg baik. Semoga kita semua menghormati org tua kita selamanya