Thursday, 15 November 2012

Pray For Gaza ..


BAITULMAQDIS: Kementerian Luar Israel mengemukakan cadangan untuk menggulingkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sekiranya usaha Palestin untuk mendapatkan status negara pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diluluskan hujung bulan ini.
“Menggulingkan kerajaan Abu Mazen (Mahmoud) adalah satu-satunya pilihan dalam kes ini.

“Pilihan lain akan bermakna mengangkat bendera putih dan mengaku kegagalan kepimpinan Israel dalam menangani cabaran itu,” kata kementerian berkenaan dalam satu kertas dasar.
Kertas dasar itu ialah rangka dokumen yang dijangka diluluskan oleh Menteri Luar, Avigdor Lieberman.

Dia kemudian akan menyerahkannya kepada pegawai yang bertanggungjawab merancang tindak balas rejim berkenaan terhadap usaha Palestin itu.

Lieberman sebelum ini menyuarakan pendapatnya bahawa Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai Mahmoud perlu dibubarkan sekiranya usaha di PBB itu berjaya.
Pihak Berkuasa Palestin dijangka mengemukakan cadangan untuk mendapatkan status negara pemerhati di Perhimpunan Agung pada 29 November ini, meskipun dibantah oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Usaha itu dilakukan kira-kira setahun selepas cubaan Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB gagal kerana diveto oleh Amerika Syarikat.
Namun, usaha untuk meningkatkan status keanggotaannya menerusi Perhimpunan Agung, dari anggota bukan negara, dijangka berjaya dengan mudah.

Ia bagaimanapun akan mendorong tindak balas keras daripada rejim Zionis.

Kertas dasar yang disediakan kementerian berkenaan memberi amaran, Israel ‘perlu mendapatkan harga yang tinggi daripada Mahmpud’ dan menerima status pemerhati di PBB akan dianggap ‘melintasi garisan merah.’ Stesen televisyen Channel 10 Israel melaporkan 5 November lalu, Lieberman menyokong pembubaran Pihak Berkuasa Palestin ketika berunding dengan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton.

“Jika Palestin pergi ke Perhimpunan Agung PBB dengan usaha baru, mereka perlu sedar bahawa mereka akan menjadi sasaran tindakan teruk daripada Israel dan Amerika Syarikat.

“Jika Palestin meneruskan usaha itu, bermakna mereka memusnahkan sama sekali peluang rundingan damai. Saya akan memastikan Pihak Berkuasa Palestin musnah,” lapor stesen berkenaan, memetik kenyataan Menteri Luar itu. - AFP

Artikel From : Harian Metro Online 



Semoga Mereka Semua dalam keadaan yang selamat Kite sbg Umat Islam banyakkan berdoa untuk mereka Kerana Doa kita adlah salah satu pertolongan untuk mereka Doa Senjata Umat islamPray For Gaza..AllahuAkhbar :) 

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

4 comments:

MissUnknown said...

Moga2 mereka dikalangan orang yang bertaqwa.. :)
Ameen..

nunnaly said...

Doa ialah senjata orang mukmin. marilah kita sama-sama berdoa agar Yahudi Laknatullah dapat ditumpaskan dan saudara-saudara kita di Palestin berada dalam lindungan Allah SWT.

#Pray4GAZA

btw, jom join MEGA G.A by me.
http://belognanabyte.blogspot.com/2012/11/1st-mega-giveaway-by-girl-on-slope.html

nik ros said...

Pray for Gaza
moga Allah lindungi mereka