Saturday 10 November 2012

bertemu-cinta-kerana-ilahi PArt 5 .. ( Akhir )


Part 5 .. Akhir cerita kisah ini :)

Farisya Khumaera terkejut. “Is? Kau buat apa dekat sini?” Khairul Faris menjawab, “Isya? Sibuk je! Haha. Aku ada temu duga. Kau?” Farisya Khumaera pula menjawab, “Aku pun. Inilah kali pertama aku jumpa kau lepas balik Jordan dua minggu lepas. Sombong nampak. Haha.” Khairul Faris tersenyum sambil berkata, “Kenapa? Takkan rindu kot. Haha. Aku nak tanya sikit boleh tak?” Farisya Khumaera hanya mengangguk. “Betul ke Firqan dan Ammar melamar kau?” Farisya Khumaera tidak terkejut kerana dia tahu, pasti Salina yang memberitahunya.. Dia menjawab, “Betul. Tapi aku tak terimalah. Aku dah solat sunat istikharah. Tak jumpa petunjuk pun yang mengatakan Fir atau Am adalah jodoh aku. Aku malaslah nak fikir. Kenapa?” Khairul Faris berkata dalam hati,
Alhamdulillah. Kau milik aku lah kalau macam tu. Aku akan datang melamar kau, Isya. Kau tunggu sajalah.
“Tak ada apa-apa. Aku nak minta alamat kau boleh?” Farisya Khumaera mengerutkan dahinya, “Alamat? Nak buat apa? Macam nak masuk meminang pula. Haha.” “Memang pun.” Farisya Khumaera terkejut dan bertanya, “Apa dia kau cakap tadi?” Khairul Faris tersenyum dan menjawab, “Tak ada apa-apa. Tulislah alamat kau. Aku nak. Cepat sikit.” Farisya Khumaera menggelengkan kepalanya dan menulis alamat rumahnya di atas helaian kertas dan beri pada Khairul Faris. “Terima kasih ustazah Isya. Hehe. Aku pergi dulu.” Farisya Khumaera menjawab, “Sama-sama ustaz Is. aku pun nak pergi dah ni. Kau naik apa?” Khairul Faris menjawab, “Aku naik tu.” Khairul Faris menunjukkan motor Superbike kesayangannya yang berwarna merah. “Wah!! ‘Smart’nya motor. Warna merah pula tu. Patutlah ramai ‘girlfriend’ dekat sana tu asyik pandang kau saja dari tadi. Aku pergi dulu lah. Aku naik motor Nouvo 5 warna merah tu. Assalamualaikum.” Khairul Faris tersenyum dan menjawab salam Farisya Khumaera. Dia berkata di dalam hatinya,
Aku tak pandanglah ‘girlfriend-girlfriend’ dekat sana tu. Aku pandang ustazah yang naik motor Nouvo 5 tu saja. Hehe. Minggu depan aku datang rumah kau. Nantikanlah kedatangan aku.
****************
“Sya!! Ada kawan datang tu.” Ibu Farisya Khumaera memanggil. “Sekejap! Nak pakai tudung ni.” Farisya Khumaera kelam-kabut. Hatinya berbicara,
Kawan aku datang? Siapa pula? Ina tak beritahu pun. Is ke? Takkan dia berani datang seorang diri? Takkanlah dia. Mati aku kalau dia datang.
Terkejut Farisya Khumaera melihat tetamu yang datang. Tiga buah kereta BMW berada di halaman rumahnya. Dia tidak mengenali kereta-kereta itu. Ramai tetamu yang hadir. Seperti rumahnya ada buat kenduri. Farisya Khumaera terkejut lagi sekali. Dia berkata di dalam hati,
Superbike? Tu bukan motornya Is ke? Gila ke budak ni datang rumah aku ramai-ramai? Mana ada kenduri dekat rumah aku ni. Mak ayah Is pun ada sekali? Nak buat apa semua ni? Segan aku nak keluar. Is!! Kau buat apa dekat sini? Ish..!!
“Sya! Bawakan air untuk tetamu kita ni.” Ibu Farisya Khumaera menyuruhnya menyediakan hidangan. Lima minit kemudian, Farisya Khumaera menuju ke ruang tamu bersama hidangannya. “Jemputlah minum dan makan.” Farisya Khumaera mempelawa tetamunya. Dia berasa amat segan.
“Sebenarnya, tujuan kami datang beramai-ramai ni nak memetik bunga yang bernama Isya. Khairul Faris ingin menyuntingnya. Sudikah?” Pak Rahim terus memberitahu tujuannya ke rumah Farisya Khumaera. Merah padam muka Farisya Khumaera. Dia hanya tunduk memandang lantai bumi. Dia bingkas bangun dan masuk ke biliknya. Ibu Farisya Khumaera pergi ke bilik untuk bertanyakan jawapan anaknya itu. “Apa keputusan Sya? Terima tak?” Farisya Khumaera menangis. Dia terharu. Dia mengangguk tanda setuju. Dia memberitahu ibunya, “Ibu, dialah lelaki yang suaranya muncul dalam mimpi Sya lepas Sya solat sunat istikharah di Jordan semasa Am melamar Sya. Sya terima dia. Ibu beritahulah ye. Sya tak nak keluar.” Ibu Farisya Khumaera mengangguk dan tersenyum. Ibunya keluar dan memberitahu jawapan Farisya Khumaera.
Ya ALLAH, semoga sempat aku menjadi isteri Is..
Farisya Khumaera berdoa dalam hatinya. Dia menangis sepuasnya. Tiba-tiba, setitis darah jatuh daripada hidungnya. Dia cepat-cepat makan pil yang doktor beri. Dia tahu, masa yang ada semakin suntuk.
****************
“Aku terima nikahnya Farisya Khumaera Binti Abd Rasyid dengan mas kahwin RM 300 tunai.” Akhirnya, lafaz keramat itu berjaya diucapkan dengan lancar oleh Khairul Faris. Lafaz ijab kabulnya sah. Farisya Khumaera dan Khairul Faris sudah sah menjadi pasangan suami isteri. “Alhamdulillah.” Ucap Farisya Khumaera. “Alhamdulillah.” Ucap Khairul Faris pula. Menitis air mata mereka saat Khairul Faris mencium dahi isteri tercintanya itu.
Usai majlis akad nikah, semua orang bergegas ke rumah pengantin perempuan. Dalam perjalanan, Farisya Khumaera menaiki kereta kakaknya dan dipandu oleh Khairul Faris. Farisya Khumaera menyandarkan kepalanya di atas bahu suami tercintanya sehingga terlena. Sampai di rumah, Khairul Faris mengejutkan isterinya daripada tidur. “Sayang, bangun. Kita dah sampai.” Berulang kali dia mengejutkan Farisya Khumaera tetapi tiada respon. Khairul Faris berasa tidak sedap hati. Dia ingin keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk isterinya. Baru sahaja dia bangun dari tempat duduknya, tubuh lemah Farisya Khumaera jatuh. “Ya ALLAH! Isya!! Bangun Isya!! Bangun!!” Khairul Faris menjerit. Semua yang ada di situ segera menuju ke arah Farisya Khumaera dan Khairul Faris. Keadaan jadi kelam-kabut. Farisya Khumaera segera dibawa ke hospital.
“Maafkan saya. Keadaan kritikalnya telah menyebabkan maut menjemputnya lebih awal.” Kata doktor yang merawat Farisya Khumaera kepada Khairul Faris. Lemah longlai tubuh Khairul Faris mendengar berita itu. Dia pengsan. Setelah sedar, dia memanggil ibu mertuanya. “Ibu, Isya sakit apa selama ni? Kenapa tak beritahu saya?” Ibu Farisya Khumaera menangis dan menjawab, “Maafkan ibu, Is. Ibu tak boleh nak buat apa. Ini semua kehendak Sya. Sejak tingkatan 4, dia menghidap penyakit ‘leukemia’. Masa tingkatan 5, doktor beritahu bahawa penyakitnya semakin kritikal kerana sudah mencapai tahap 3. Bila-bila masa saja dia akan melalui tahap kritikal yang terakhir, iaitu tahap 4. Doktor juga ada beritahu, tempoh untuk dia menikmati hidupnya tak lama. Lebih kurang 3 tahun lebih saja semasa dia berumur 17 tahun. Kini, dia telah pun pergi menghadap Ilahi. Usianya telah mencecah 20 tahun. Maafkan ibu. Inilah kata-kata terakhir dia untuk kamu. Dia bagi ibu surat ni sehari sebelum pernikahan kamu berdua.” Ibu Farisya Khumaera menghulurkan sampul surat yang berisi kata-kata terakhir Farisya Khumaera untuk suami tercintanya, Khairul Faris. Ibunya keluar daripada bilik untuk memberi ruang bersendiri buat menantunya itu.
Ke hadapan suami tercintaku, Abang Khairul Faris…
Assalamualaikum wahai Abangku. Isya tahu, Abang tengah sedih sekarang ni. Isya juga tahu, di saat Abang sedang baca surat ini, Isya dah tak ada di sisi Abang. Isya dah pergi dari dunia ni untuk selamanya. Maafkan Isya ye. Isya sayang Abang. Sayang sangat! Dulu, Isya tak suka Abang sebab kita asyik gaduh saja. Tapi sekarang, Isya cinta Abang!Betul kata orang, mula-mula benci, lama-lama sayang. Isya dah tak ada lagi. Isya izinkan Abang kahwin satu lagi. Satu saja tau. Tak boleh lebih-lebih. Abang janji ye Abang akan kahwin. Dengan siapa? Nak Isya calonkan? Abang boleh kahwin dengan Balqis. Balqis masih ada hati dengan Abang. Kenapa Isya cakap macam tu? Balqis ada jumpa Isya sehari sebelum kita nikah. Dia kata dengan Isya, “Qis redha kalau Sya nak kahwin dengan Khai. Qis tahu, salah kalau Qis menyimpan perasaan terhadap bakal suami orang, tapi, Qis tak boleh lupakan Khai. Maafkan Qis ye Sya. Semoga Sya bahagia dengan Khai.”
Boleh Abang kahwin dengan Balqis? Boleh tau. Ini amanat dari isteri tercinta Abang. Terima kasih sebab Abang datang rumah Isya dan melamar Isya. Isya terharu dan suka sangat waktu tu! Abang, maafkan Isya dan halalkan semua yang Abang beri pada Isya. Halalkan kasih sayang Abang. Doakan Isya bahagia di sisi kekasih sejati Isya ye. Abang jangan cemburu tau. Isya harap, kita dapat berjumpa dan bercinta lagi di syurga. Doa Abang, Isya harapkan. Selamat tinggal suami tercintaku. Simpan surat ini baik-baik tau. Ini sajalah kenangan Isya untuk Abang. Jangan lupakan Isya tau. I love you, Abang. Ana uhibbukum abadan abada..
Isteri tercintamu,
Farisya Khumaera…
Menitis air mata Khairul Faris membaca warkah terakhir daripada isteri tercintanya itu. Dia memejamkan matanya sambil menangis dan berkata di dalam hati,
Isya!! Abang cintakan Isya!! Abang sayangkan Isya!! Abadan abada!! Abang akan tunaikan permintaan Isya. Abang akan kahwin dengan calon pilihan Isya. Abang akan kahwin dengan Balqis untuk Isya. Abang redhakan pemergian Isya. Sayang, walaupun Sayang dah tak ada, Abang tetap simpan Sayang dalam hati Abang. Abang akan doakan kebahagiaan Sayang di sana. Walaupun Balqis cinta pertama Abang, tapi, Sayang adalah cinta terakhir Abang. Abang takkan lupakan Sayang. Isya, semoga berbahagia Sayangku. Aku mencintaimu kerana ILAHI. Ya ALLAH, peliharalah isteriku dalam jagaanMu. Semoga aku dapat bertemu lagi denganmu, Sayang, di syurga hakiki nanti, insyaALLAH. Amin..

********* TAMAT **********                                        

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

2 comments:

Unknown said...

BESTla..
Part last tu sedey sangat.. :')

Unknown said...

best2.. nty wat lah novel sis ! btw,, first time dtg sini ! :)