Monday 12 November 2012

Gempa bumi kuat landa Myanmar



YANGON, Myanmar - Sekitar 12 orang dikhuatiri terbunuh dan 16 yang lain cedera apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan bahagian utara Myanmar semalam.
Gegaran yang berpusat dekat bandar Shwebo mengakibatkan sebuah jambatan dan sebuah lombong emas runtuh.
Bencana itu turut merosakkan beberapa struktur pagoda lama.
Namun, tiada kecederaan atau kemusnahan besar dilaporkan di bandar kedua terbesar di Myanmar, Mandalay yang terletak dekat Shwebo.
Mandalay terletak sekitar 117 kilometer ke selatan pusat gempa berkenaan.
Seorang pegawai Jabatan Meteorologi Myanmar berkata, gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 7.42 pagi waktu tempatan.
"Ini merupakan gempa bumi terburuk sepanjang hidup saya," kata seorang penduduk Shwebo berusia 52 tahun yang dikenali sebagai Soe Soe.
Menurutnya, tembok konkrit besar sebuah biara runtuh dan beberapa ukiran pada dinding pagoda lain di bandar itu turut rosak.
Kemusnahan turut dilaporkan di Mogok yang merupakan sebuah kawasan perlombongan permata utama di Myanmar.
"Tanah runtuh berlaku di sebahagian lombong batu delima tetapi tiada kecederaan berlaku ekoran kawsan tersebut menempatkan lombong lama," kata seorang penduduk Mogok, Sein Win.
Stesen televisyen Myanmar melaporkan, berpuluh-puluh pagoda di lima buah bandar rosak dalam bencana tersebut.
Bencana itu turut menyebabkan sebuah jambatan yang sedang dibina merentasi Sungai Irrawaddy runtuh.
Infrastruktur tersebut menghubungkan bandar Sintku yang terletak sekitar 65 kilometer ke utara Mandalay dengan bandar Kyaukmyaung.
Gegaran di Myanmar itu turut dirasai hingga ke Bangkok di Thailand. - Agensi
kredit : Kosmo Online

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

3 comments:

QiosWriter said...

menakutkan. nice one.. Anyway, pihak QIOS nak menjemput cik utk join contest kami. Kami ni para gadis yg baru nak buka prniagaan online,utk jana pndaptn sndiri dgn kuasa wanita(ceywah!). Jadi hope cik dpt join dan sokong kami. TQ!

Unknown said...

KUASA ALLAH..TAKZIAH KEPADA YG MENINGGAL..

BALQIS HARYANI said...

Follow sini .. Hope follow saya balik http://balqisharyani.blogspot.com/